Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, September 30, 2019

5 Pemain Bola Sepak Wanita Jelita

Selain handal di padang bola dengan mempamerkan aksi lincah dan menarik mereka juga terkenal dengan memiliki wajah yang cantik dan jelita. Ada antara dari pemain ini menerima kontrak yang agak lumayan sebagai duta produk. Jom kita ushar-ushar sikit siapa pemain bola sepak jelita yang menjadi pilihan kali ini.

1. Alex Morgan


  • Alex Morgan merupakan pemain bola sepak wanita untuk pasukan kebangsaan Amerika Syarikat.
  • Lahir di California, Amerika pemain cantik yang memiliki ketinggian 170 sm ini bermain di posisi penyerang. 


2. Nayeli Rangel


  • Nama penuh jelitawan ini adalah Lydia Nayeli Rangel Hernández.
  • Neyeli Rangel adalah pemain bola sepak wanita untuk pasukan Mexico.
  • Pemain ini memiliki ketinggian 172sm dan bermain di posisi tengah.


3. Anouk Hoogendijk


  • Anouk Hoogendijk pernah bermain untuk pasukan kebangsaan Belanda
  • Pemain jelita ini memiliki ketinggian 170 sm dan bermain di posisi tengah menyerang.


4. Rika Cristiano


  • Nama penuh pemain ini adalahÉrika Cristiano dos Santos.
  • Rika Cristiano adalah anak kelahiran Sao Paulo, Brazil dan merupakan pemain kebangsaan untuk negara kelahirannya.
  • Memiliki ketinggian 172sm, Rika mampu untuk bermain di mana-mana posisi. Namun posisi kegemarannya adalah pertahanan.


5. Hope Solo


  • Merupakan pemain Bola Sepak Wanita untuk pasukan Kebangsaan Amarika Syarikat.
  • Memiliki ketinggian 175sm.
  • Hope Solo bermain di posisi penjaga gol.

Tuesday, September 24, 2019

Messi Terbaik

Oleh: e-bolasepak.blogspot.com

Pemain sensasi Argentina Lionel Messi menewaskan pemain pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk dan pemenang lima kali Cristiano Ronaldo untuk memenangi anugerah pemain terbaik FIFA tahun ini untuk catatan peribadi keenam beliau.

Foto: the daily star

Messi, yang membantu Barcelona memenangi kejuaraan La Liga Sepanyol pada musim lalu serta penjaring terbanyak Eropah, memenangi anugerah itu kali terakhir pada tahun 2015.

Kemenangan Messi kali ini dianggap mengejutkan kerana pemain Liverpool, Van Dijk dikatakan menjadi calon paling hampir untuk anugerah tersebut. Sebagai catatan Van Dijk membantu Liverpool menjuarai Liga Juara-juara UEFA selain memenangi anugerah pemain terbaik PFA.

Foto: sports yahoo


Sementara untuk katogeri wanita, dimenangi oleh Megan Rapinoe  yang menewaskan rakan sepasukan dari England iaitu Alex Morgan dan Lucy Bronze.


Tahniah Messi dan Rapinoe!.

Monday, September 23, 2019

Ronaldo Luís Nazário de Lima

⚽️ Kali ni kita cerita pasal Ronaldo Brazil pulak.

⚽️ Nama penuh seperti tajuk kat atas.
⚽️ Nombor jersi kegemaran ---> 9


⚽️ Siapa sangka pemain yang bergaji juta-juta ni merupakan seorang yang berasal dari keluarga miskin di Brazil. Pendek kata nak beli but bola pun tak mampu.

⚽️ Bakat ronaldo dikesan oleh legend Brazil yang membawanya ke kelab Cruzeiro iaitu pasukan Sirie A Itali.


⚽️ Penampilan pertama Ronaldo untuk pasukan kebangsaan Brazil adalah pada tahun 1994 untuk menghadapi Piala Dunia di Amerika Syarikat.

⚽️ Umur Ronaldo untuk penampilan di Amerika ketika itu adalah berusia 18 tahun. Namun penampilan beliau lebih kepada melengkapkan senarai skuad Brazil kerana untuk Piala Dunia tahun tersebut Ronaldo tidak pernah diturunkan di mana-mana perlawanan. (kalau silap sila betulkan admin ya)

⚽️ Kenapa Ronaldo tidak diturunkan?. Jawapannya adalah kerana pada tahun tersebut Brazil ada 2 penyerang hebat iaitu Bebeto & Romario. Time ni 2 striker ni tengah top dan prestasi berada di kemuncak. Brazil merupakan Juara Piala Dunia 1994.


⚽️ Piala Dunia 1998 Ronaldo mula menjadi penyerang utama Brazil bersama Bebeto dan Brazil sekadar menjadi Naib Juara selepas tewas kepada tuan rumah kejohanan iaitu Perancis dengan keputusan 0-3. Ronaldo merupakan Pemain Terbaik Untuk kejohan Piala Dunia 1998. Untuk makluman juga, Ronaldo tidak disenaraikan pada perlawanan akhir kerana masalah kesihatan.


⚽️ Piala Dunia 2002 di Korea-Jepun, Ronaldo bergandingan dengan Rivaldo dan Ronaldinho. Untuk tahun ni mana-mana team pun akan menghadapi kesukaran kerana gandingan 3R yang serba lengkap. Brazil muncul juara dan Ronaldo adalah penjaring terbanyak kejohanan dengan 8 gol.

⚽️ Piala Dunia 2006 di Jerman, Ronaldo sekali lagi disenaraikan dan untuk kejohanan kali ni beliau berjaya mengukir nama menjadi penjaring terbanyak dalam sejarah piala dunia (dikumpul untuk kesemua kejohanan yang disertai). Namun Kali ni Brazil hanya mara hingga suku akhir selepas tewas kepada Perancis. Perlawanan tersebut merupakan aksi terakhir Ronaldo bersama skuad kebangsaan Brazil.


⚽️ Anugerah individu tertinggi pernah diraih oleh Ronaldo adalah Pemain terbaik dunia pada tahun 1996,1997 & 2002

⚽️ Antara kelab yang pernah disertai oleh Ronaldo adalah Barcelona, Inter Milan, Real Madrid & AC Milan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...