Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, June 10, 2011

Kafa terbit majalah khas


SEMPENA perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dengan Terengganu, esok, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menerbitkan majalah khas berjudul ‘The Red Warriors- The Making Of A Champion’.

Menurut Pegawai Media Kafa, Wan Badri Wan Omar, penerbitan majalah tersebut adalah cetusan idea Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa sebagai hadiah kepada penyokong-penyokong Kelantan.

“Tan Sri Annuar amat menghargai sokongan penyokong-penyokong The Red Warriors dan penerbitan majalah ini adalah hadiah istimewa kepada mereka,” katanya.

Selain memaparkan fokus perlawanan akhir Piala FA, majalah setebal 68 muka surat dan dijual dengan harga RM5 ini memuatkan cerita-cerita menarik, biodata dan poster bintang-bintang Kelantan.

Menurut Wan Badri, apa yang lebih menarik, majalah ini turut memuatkan borang cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah bernilai ribuan ringgit seperti jersi empat pasukan utama EPL, Manchester United, Arsenal, Chelsea dan Liverpool serta jersi Kelantan, kasut bola Copa Mundial dan bola.

“Ini bermakna dengan berbelanja RM5, penyokong-penyokong berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik ini,” kata Wan Badri.

Majalah tersebut akan mula dijual di Stadium Nasional Bukit Jalil sewal pagi hari perlawanan akhir Piala FA. Cetakan adalah terhad.

----- Sinar Harian Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...