Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, September 23, 2019

Ronaldo Luís Nazário de Lima

⚽️ Kali ni kita cerita pasal Ronaldo Brazil pulak.

⚽️ Nama penuh seperti tajuk kat atas.
⚽️ Nombor jersi kegemaran ---> 9


⚽️ Siapa sangka pemain yang bergaji juta-juta ni merupakan seorang yang berasal dari keluarga miskin di Brazil. Pendek kata nak beli but bola pun tak mampu.

⚽️ Bakat ronaldo dikesan oleh legend Brazil yang membawanya ke kelab Cruzeiro iaitu pasukan Sirie A Itali.


⚽️ Penampilan pertama Ronaldo untuk pasukan kebangsaan Brazil adalah pada tahun 1994 untuk menghadapi Piala Dunia di Amerika Syarikat.

⚽️ Umur Ronaldo untuk penampilan di Amerika ketika itu adalah berusia 18 tahun. Namun penampilan beliau lebih kepada melengkapkan senarai skuad Brazil kerana untuk Piala Dunia tahun tersebut Ronaldo tidak pernah diturunkan di mana-mana perlawanan. (kalau silap sila betulkan admin ya)

⚽️ Kenapa Ronaldo tidak diturunkan?. Jawapannya adalah kerana pada tahun tersebut Brazil ada 2 penyerang hebat iaitu Bebeto & Romario. Time ni 2 striker ni tengah top dan prestasi berada di kemuncak. Brazil merupakan Juara Piala Dunia 1994.


⚽️ Piala Dunia 1998 Ronaldo mula menjadi penyerang utama Brazil bersama Bebeto dan Brazil sekadar menjadi Naib Juara selepas tewas kepada tuan rumah kejohanan iaitu Perancis dengan keputusan 0-3. Ronaldo merupakan Pemain Terbaik Untuk kejohan Piala Dunia 1998. Untuk makluman juga, Ronaldo tidak disenaraikan pada perlawanan akhir kerana masalah kesihatan.


⚽️ Piala Dunia 2002 di Korea-Jepun, Ronaldo bergandingan dengan Rivaldo dan Ronaldinho. Untuk tahun ni mana-mana team pun akan menghadapi kesukaran kerana gandingan 3R yang serba lengkap. Brazil muncul juara dan Ronaldo adalah penjaring terbanyak kejohanan dengan 8 gol.

⚽️ Piala Dunia 2006 di Jerman, Ronaldo sekali lagi disenaraikan dan untuk kejohanan kali ni beliau berjaya mengukir nama menjadi penjaring terbanyak dalam sejarah piala dunia (dikumpul untuk kesemua kejohanan yang disertai). Namun Kali ni Brazil hanya mara hingga suku akhir selepas tewas kepada Perancis. Perlawanan tersebut merupakan aksi terakhir Ronaldo bersama skuad kebangsaan Brazil.


⚽️ Anugerah individu tertinggi pernah diraih oleh Ronaldo adalah Pemain terbaik dunia pada tahun 1996,1997 & 2002

⚽️ Antara kelab yang pernah disertai oleh Ronaldo adalah Barcelona, Inter Milan, Real Madrid & AC Milan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...