|
KELANTAN cukup optimis untuk melangkah ke pusingan separuh akhir kempen Piala Malaysia 2012.
Malam ini, mereka bakal melayan kunjungan Felda United pada aksi suku akhir kedua di Kota Bharu.
Selepas berjaya memperoleh kelebihan dua gol di gelanggang lawan, di
atas kertas Kelantan sudah pastinya berdepan tekanan hebat untuk menjadi
pasukan pilihan mara ke pusingan seterusnya.
Malah, saingan daripada Felda United juga seharusnya tidak boleh
dipandang mudah terutama apabila anak-anak buah E. Elavarasan
mempamerkan aksi mantap dan telah banyak kali Felda United membuktikan
mereka adalah pasukan berstatus kelab yang berada dalam kelas
tersendiri.
Bagaimanapun, hakikat tersebut pantas disedari oleh pengendali
Kelantan, Bojan Hodak yang sudah merasakan bahawa cabaran yang bakal
dihadapi pasukannya malam ini pastinya cukup sengit.
“Kita mempunyai segala kelebihan, beraksi di laman sendiri selain
reputasi semasa sudah pastinya menjadikan kita pasukan pilihan
berbanding Felda United yang beraksi tanpa tekanan.
“Saya fikir gol awal akan membantu memudahkan tugas kita melangkah ke
separuh akhir. Sudah tentu ia akan menjarakkan kedudukan dan memberi
tekanan kepada Felda United.
“Tetapi ia bukan tugas yang mudah kerana mereka (Felda United) juga
akan turun habis-habisan untuk mencari kemenangan,” katanya di Kota
Bharu semalam.
Tambahnya, beliau menjangkakan Felda United yang tewas 1-2 dalam perlawanan minggu lalu akan turun dengan taktikbertahan dan memburu gol melalui serangan pantas yang sudah tentunyamenyukarkan jentera hadapan dan benteng pertahanan The Red Warriors.
Katanya, mungkin sokongan daripada para peminat mampu memberi tonik tambahan kepada para pemain Kelantan.
“Mungkin sembilan atau 10 pemain mereka akan berkampung di kawasan
pertahanan dan saya harap kita tidak melakukan kesilapan dan terlalu
ghairah memburu gol sehingga menyebabkan kita terperangkap.”
Jelasnya, dua gol melalui aksi di gelanggang lawan sudah memberi
kelebihan namun beliau tidak mahu anak-anak buahnya berpuas hati dengan
keputusan tersebut. Hodak mahu Kelantan melangkah dengan penuh bergaya dengan jumlah jaringan yang lebih besar.
Mengulas mengenai kemungkinan berlaku beberapa rombakan yang akan dilakukannya, Hodak menjawab:
“Saya akan lakukan perubahan satu atau dua pemain tetapi saya belum
fikir tentang rombakan tersebut lagi, mungkin saya akan tengok dalam
sesi latihan petang ini (semalam).
“Muhammad Ghaddar masih berada di bangku simpanan. Saya bersedia
menurunkan dia pada babak kedua. Saya yakin kita boleh menewaskan Felda
United malam esok (malam ini). Dengan stadium penuh dan sokongan
peminat, kita boleh menewaskan Felda United untuk ke separuh akhir,”
jelasnya.
--- Kosmo
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.