Tarikh : November 3, 2011
Apex ketika dihubungi Sinar Harian semalam berkata, fokusnya adalah untuk persiapan pasukan negara Bawah 23 di Sukan Sea Jakarta, berbanding memikirkan kisah remeh seperti dirinya didakwa meminum minuman keras.
“Bagi saya semua orang harus faham, tugas lebih berat dan besar menanti
kami pada perlawanan di temasya Sukan Sea nanti dan saya memang tidak
mahu perkara seperti ini mengganggu,” katanya.
Selain itu, Apex yang pernah dilanda kisah panas, apabila memutuskan pertunangan dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi beberapa bulan lalu, mengakui dia tidak tertekan dengan perkara terbabit.
Malah, pemain berasal dari Kelantan ini, menegaskan dia tidak mahu apa pun cerita buruk mengenai peribadinya menjejaskan pasukan dan perhatiannya di dalam padang.
“Saya tidak tertekan walaupun banyak cerita pasal saya di Internet sekarang ini. Tetapi saya hanya ingatkan diri sendiri agar berita itu semua tidak boleh dicampur-adukkan dengan karier saya.
“Saya memang fokus untuk satu-satu perlawanan bagi memastikan negara dan semua peminat bola sepak tanah air tidak kecewa nanti,” katanya yang pernah membantu negara menjulang Piala Suzuki AFF hujung tahun lalu.
Ketika ditanya pula mengenai kebenarannya meminum minuman keras, Apex enggan mengulas lanjut akan kisah tersebut sebaliknya meminta agar semua penyokong bola sepak dan rakyat Malaysia mendoakan pasukan negara di Indonesia nanti.
Sementara itu, Apex ketika ditanya mengenai perasaannya untuk ke Indonesia bagi temasya dwitahunan itu meluahkan perasaan gementarnya untuk berdepan musuh tradisi, Singapura Isnin ini di Stadium Gelora Bung Karno.
“Kemenangan sewaktu Piala Suzuki AFF itu sudah lepas. Jadi kami harus memikirkan perlawanan yang sekarang dan perlu bersedia kerana mengetahui Singapura bukanlah pasukan mudah yang boleh dijinakkan,” katanya.

--- Sinar Harian Online
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.