MADRID: Cristiano Ronaldo menjaringkan hatrik cukup sensasi untuk membantu Real Madrid bangkit dua kali bagi menewaskan Villarreal 4-2, semalam, bagi mengekalkan rekod bersih di gelanggang sendiri untuk merapatkan kedudukan dengan pendahulu liga, Barcelona dengan perbezaan dua mata.
Bintang Portugal itu menjaringkan 22 gol liga musim ini bermula pada minit kelapan, 44 dan 78 selepas pasukan di tempat ketiga, Villarreal kelihatan cuba memberi tekanan apabila dua kali berada di depan pada separuh masa pertama di Santiago Bernabeu.
Kemenangan 4-0 Barcelona ke atas Deportivo La Coruna Sabtu lalu, meletakkan tekanan ke atas Real Madrid untuk menghasilkan keputusan baik.
Villarreal dua kali mendahului dengan Ronaldo menyamakan kedudukan untuk gol ke-20 dan 21 dan menafikan jaringan Ruben Cani seawal minit keenam dan Marco Ruben m-17.
Pada babak kedua, Ronaldo meletakkan Real di depan pada m-78 hasil kesilapan penjaga gol lawan, Diego Lopez sebelum pemain gantian dari Brazil, Kaka yang kembali beraksi meledakkan jaringan pertamanya musim ini beberapa minit kemudian.
“Saya melakukan perkara yang perlu dilaksanakan dan semua ini tidak akan tercapai tanpa bantuan rakan sepasukan,” kata Ronaldo.
“Perjalanan masih jauh dan saya mahu mengekalkan prestasi ini serta membantu Real memenangi sesuatu yang penting.” - AFP
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.