HASRAT Tan Sri Annuar Musa untuk melepaskan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) telah menimbulkan kegelisahan di kalangan penyokong setia The Red Warriors.
Justeru Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (kelate.net), Marhasim Mat berkata, pihaknya berharap Tan Sri Annuar menimbang semula hasratnya itu dan terus menerajui KAFA dalam beberapa tahun lagi.
Menurut Marhasim, para penyokong The Red Warriors masih berdiri teguh di bawah kepimpinan Annuar yang kini dianggap ikon bola sepak Kelantan.
"Kelantan sememangnya memerlukan orang seperti Tan Sri (Annuar). Sumbangan beliau untuk pembangunan bola sepak Kelantan cukup besar buat penyokong pasukan negeri itu.
"Buktinya, idea dan pembaharuan yang dibawa oleh beliau telah berjaya menaikkan semula mutu bola sepak Kelantan yang agak malap sebelum ini," kata Marhasim ketika di hubungi Kosmo! semalam.
Pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100- PLUS-FAM 2010 Selasa lalu, Annuar memberikan petanda bahawa beliau bersedia melepaskan jawatannya selaku Presiden KAFA kepada muka baru sekiranya ada calon lain menawarkan diri.
Malah, Annuar bersedia memberikan masa kepada ahli majlis KAFA untuk memikirkan calon yang sesuai bagi menggantikan tempatnya jika ada yang berkela- yakan.
Bagaimanapun Marhasim memberitahu, pihaknya masih lagi belum dapat melihat siapakah yang layak menjawat jawatan Presiden KAFA yang baru sekiranya Annuar mengundur diri.
|
|
"Apa yang saya lihat, proses untuk mencari pengganti beliau yang betul-betul layak dalam tempoh terdekat ini bukanlah suatu tugas yang mudah.
"Jawatan ini bukan mudah, seseorang itu perlu bersedia dari semua aspek termasuklah kewangan.
"Mengurus pasukan bola bukan satu tugas yang mudah ia memerlukan sumber kewangan yang kukuh," ujarnya.
Marhasim menambah, Kelantan tidak mampu mengecap kejayaan sejak dua musim lalu tanpa sentuhan istimewa Annuar.
Untuk rekod, Kelantan tampil bergaya apabila menjuarai Piala Malaysia selain muncul naib juara Liga Super musim ini.
Kejayaan membenam Negeri Sembilan 2-1 pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu lalu sekali gus mena- matkan penantian selama 89 tahun Kelantan untuk bergelar juara buat kali pertama.
Musim lalu pula, Kelantan muncul naib juara Piala Malaysia selepas tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan di pentas final.
Sementara itu, Setiausaha Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan (KPBSK), Azman Mohd. Noor berkata, beliau terkejut dengan hasrat Annuar untuk melepaskan jawatannya.
"Bagi saya ia bukanlah masa yang sesuai memandangkan pasukan Kelantan berada pada landasan terbaik untuk meraih banyak lagi kejuaraan.
"Kemampuan Tan Sri sebagai Presiden KAFA tidak boleh dipertikaikan lagi. Sepanjang satu penggal beliau memegang tampuk selaku Presiden KAFA, banyak pembaharuan yang telah dilakukan," katanya.
Tambah Azman, kejayaan menjenamakan semula KAFA telah mencetuskan satu fenomena baru dalam bola sepak Kelantan.
"Jika dahulu tidak ramai yang akan ke stadium, lihat- lah sekarang, untuk mengumpul 25,000 orang dalam satu masa tidak musta- hil jika di Kota Bharu," ujarnya.
Seorang penyokong Kelantan, Ahmad Khairudin Abdullah berkata, belum tiba masanya untuk Annuar mengundur diri.
Menurutnya, jika Annuar tidak lagi menerajui KAFA, dia bimbang ia akan menjejaskan persiapan Kelantan untuk mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
"Apa yang saya khuatir... ia akan menimbulkan banyak masalah termasuklah dari segi kewangan," katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.