|
|
SAINGAN Liga Super 2011 akan menampilkan 14 pasukan manakala Liga Perdana disertai 12 pasukan setelah kesemua pasukan terbabit mengesahkan pendaftaran mereka selepas tarikh akhir 1 November lalu.
Pada mulanya, 15 pasukan bakal bersaing dalam kempen Liga Super setelah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan menyenaraikan skuad Harimau Muda A.
Bagaimanapun, hanya 14 pasukan yang disah- kan akan beraksi selepas pasukan berstatus kelab, KL Plus membuat keputusan menarik diri.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin (gambar) berkata, keputusan akhir berhubung segala ketetapan berhubung perjalanan Liga Su- per dan Liga Perdana musim depan hanya akan diputuskan dalam satu mesyuarat khas pada 26 November ini.
“Beberapa pasukan yang masih belum menye- lesaikan denda, tunggakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kita beri mereka peluang berbuat demikian sehingga 25 November ini.
“Pada 12 November, kita akan panggil pe- gawai dari KWSP, LHDN dan Perkeso untuk duduk berbincang dengan pasukan-pasukan yang masih bermasalah ini.
“Harap mereka dapat mencapai penyele- saian,” kata Hamidin pada sidang media se- lepas mesyuarat JKPT di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.
Kempen Liga Super 2011 bakal menampil- kan Selangor, Kelantan, Terengganu, Johor FC, Kedah, Negeri Sembilan, T-Team, Pahang, Kuala Lumpur, Perak, Perlis, Felda United, Sabah dan Harimau Muda A.
Saingan Liga Perdana 2011 pula membariskan Johor, Pulau Pinang, PKNS, ATM, Harimau Muda B, Sarawak, PDRM, Pos Malaysia, USM FC, MP Muar, Sime Darby dan SDM Kepala Batas.
Dua pasukan tercorot Liga Perdana musim ini iaitu Melaka dan Shahzan Muda ba- kal beraksi pada saingan Liga FAM 2011.
Sementara itu, Hamidin memberitahu, perlawanan sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah 2011 bakal menemukan juara Liga Super, Selangor dengan juara Piala Malaysia, Kelantan di Stadium Shah Alam pada minggu pertama Januari depan.
“Pada awal musim ini, kita sudah nyatakan bahawa piala sumbangsih menemukan juara Liga Super dan juara Piala Malaysia, bukan- nya seperti sebelum ini iaitu juara Piala FA bertemu juara Piala Malaysia.
“Tentang hari perlawanan Liga Super 2011, ia tetap seperti yang kita putuskan iaitu hari Isnin dan Jumaat. Pasukan mana akan main petang atau malam, kita akan putuskan pada 26 November nanti,” jelas Hamidin.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.