MANCHESTER: Pemain Portugal, Nani kini dilabel bakal meniti era kemasyhuran pernah dikecapi Cristiano Ronaldo.
Ia mengambil masa dua tahun untuk Ronaldo berubah wajah daripada budak yang berlari pantas di sebelah sayap kepada pemain bertaraf dunia di Old Trafford.
Kini, kapten Manchester United, Gary Neville memilih Nani untuk mengikut jejak sama selepas berpindah ke kelab juara Inggeris itu dengan nilai perpindahan £17 juta (RM93 juta) dari FC Porto, dua setengah tahun lalu.
“Dia memiliki kemampuan menakjubkan seperti dilakukan ketika menewaskan Arsenal. Jika dia mengulangi aksi seperti ini dia sukar disekat. Dia ada keyakinan diri dan kemahiran tinggi.
“Peminat mengharapkan banyak daripada pemain muda tetapi ia akan mengambil masa. Ronaldo mengambil masa yang lama sebelum terasa selesa dalam kesebelasan pasukan,” katanya.
Nani yang menyifatkan pengurus pasukan, Alex Ferguson juga antara punca dia dapat mengemaskan permainannya berkata: “ Dia menjerit ke arah pemain di hadapan semua orang. Tiada siapa yang terlepas.” - Agensi
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.