LONDON: Chelsea - barisan dilanda kontroversi - kini mahu membeli pemain tonggak Barcelona dari Brazil, Dani Alves dengan harga £30 juta (RM165 juta) musim panas ini.
Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti difahamkan cenderung memikat bek kanan yang dilabel terbaik dunia ketika ini dan menyuarakan tiada masalah untuk membayar tuntutan gaji £100,000 (RM550,000) setiap minggu.
Namun, The Blues mungkin berdepan cabaran daripada Manchester City - kelab mewah yang mampu berbelanja besar andai Alves bersetuju meninggalkan Nou Camp.
Walaupun Alves kini tidak beraksi selama tiga minggu, tapi dia sudah membuat 25 kemunculan musim ini dengan menyumbang tiga gol dan membantu lapan jaringan pasukan.
Pemain itu dikatakan gembira bersama kelab gergasi Sepanyol itu tetapi ketika kontraknya tamat pada 2012, pengurusan kelab mungkin mahu menjual ketika dia masih ada nilai besar dalam pasaran. - Agensi
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.