Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Showing posts with label Victoria Beckham. Show all posts
Showing posts with label Victoria Beckham. Show all posts

Tuesday, January 11, 2011

Beckham umum bakal dapat anak keempat (Kosmo Online)


VICTORIA (dua dari kiri) memegang tanganseorang anak lelakinya manakala David Beckham (dua dari kanan) berjalan bersama seorang lagi anaknya sambil mendukung Cruz di LapanganTerbang Heathrow, London pada 18 Disember 2008.


BEVERLY HILLS - Bintang kelab bola sepak Los Angeles Galaxy, David Beckham, 36, yang mengimpikan untuk mendapat seorang anak perempuan mungkin menjadi realiti apabila isterinya Victoria Beckham disahkan hamil, lapor sebuah akhbar semalam.

Beckham yang berkahwin dengan Victoria, 37, pada Julai 1999 setakat ini mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Brooklyn, 11, Romeo, 8, dan Cruz, 5.

Bagaimanapun, menurut seorang rakan rapat pasangan itu, Beckham dan Victoria tidak mahu mengetahui mengenai jantina anak itu.

Beckham berkongsi dengan para peminatnya mengenai berita gembira itu di laman Facebooknya.

Menurut bintang bola sepak itu di laman tersebut: "Saya ada berita menarik untuk anda. Saya dan Victoria bakal mendapat anak keempat pada musim panas nanti. Abang-abangnya juga tidak sabar untuk bersama adik lelaki atau perempuan baru mereka nanti." - Agensi

Beckham bakal dapat anak (Berita Harian Online)

2011/01/11

BECKHAM dan Victoria bakal timang cahaya mata keempat.
BECKHAM dan Victoria bakal timang cahaya mata keempat.

Victoria harap timang anak perempuan pula

LONDON: Pemain bola sepak terkenal Britain, David Beckham bakal menimang cahaya mata keempat tahun ini dan isterinya, Victoria berharap anak dalam kandungannya perempuan kerana sudah mempunyai tiga anak lelaki.

Satu sumber mendedahkan suasana ceria ketika Victoria pulang ke rumah keluarganya bagi memberitahu perkara itu.

“Victoria tersenyum lebar ketika pulang menemui ibu bapanya. Mereka berpelukan dan menitiskan air mata. Dia meminta adik perempuannya, Louise, memberinya pakaian bayi,” kata sumber itu kepada akhbar The Sun.

Pasangan selebriti terkenal itu berkahwin pada 1999 dan sudah mempunyai tiga cahaya mata, Brooklyn 11, Romeo, 8, dan Cruz, 5.

Beckham menyiarkan berita gembira itu di laman Facebook dan menceritakan perasaan gembira tiga anak lelakinya menerima kedatangan orang baru.

“Saya ada berita gembira untuk semua. Saya dan Victoria bakal menimang cahaya mata keempat musim panas ini. Tiga anak lelaki saya sangat gembira dengan kedatangan adik lelaki atau perempuan mereka,” tulisnya.
Akhbar The Sun menyifatkan berita itu mengejutkan peminat mereka kerana Victoria tidak menunjukkan sebarang tanda mengandung baru-baru ini.

“Beberapa minggu lalu, Victoria muncul bersama Beckham dalam majlis anugerah personaliti tahun ini tajaan BBC Sports dan perutnya biasa saja,” kata The Sun.

Beckham sudah bermain 115 perlawanan untuk England dan dilantik sebagai kapten pasukan negara dari 2000 hingga 2006.

Beliau bermain untuk Manchester United dan Real Madrid sebelum menyertai kelab utama bola sepak Amerika Syarikat, Los Angeles Galaxy pada 2007. – Agensi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...