Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Showing posts with label Skuad Kebangsaan Iran. Show all posts
Showing posts with label Skuad Kebangsaan Iran. Show all posts

Wednesday, March 9, 2011

Kami tak boleh leka di Lahore: Muslim (Berita Harian Online)

2011/03/09

ELEMEN konsisten sepanjang tempoh permainan ditakrif bakal menjadi intipati kejayaan skuad Harimau Muda apabila menentang Pakistan dalam perlawanan timbal balik pusingan kelayakan Olimpik di Lahore, malam ini.

Dengan bekalan dua gol sebagai modal hasil kemenangan di tempat sendiri anak didik Ong Kim Swee harus fokus di sebalik insiden letupan bom di bandaraya Pakistan itu, semalam yang mengorbankan lebih 20 nyawa.

Pemain pertahanan, Mohd Muslim Ahmad berkata pengalaman perlawanan pertama lalu mengajar barisan pertahanan untuk tidak terperangkap dengan corak permainan hantaran jauh yang hampir menghukum pasukan negara.

“Mereka selalu membuat hantaran jauh dan pemain mereka memiliki kelebihan dari segi fizikal... Kami tidak boleh leka lagi dan setiap pergerakan mereka mesti dikawal ketat,” katanya.

Kapten pasukan, Khairul Fahmi Che Mat berkata lawan akan bersemangat di halaman sendiri dan akan mencari gol awal.

“Kita tidak harus leka kerana Pakistan akan bertindak agresif untuk mengatasi defisit dua gol. Kita kena fokus setiap saat,” katanya.

Thursday, January 13, 2011

Iran kawal emosi (Harian Metro Online)

Afshin Ghotbi

Jurulatih Iran, Afshin Ghotbi berkata, ketenangan dan kemampuan mengawal emosi dipamer setiap pemain pada babak pertama menentang seteru utama, Iraq kunci kebangkitan skuad kendaliannya itu melakar kemenangan pada saingan Piala Asia, kelmarin.

“Saya rasa pada permulaan permainan, kami agak tertekan kerana melakukan beberapa kesilapan tetapi selepas itu pemain berjaya mempamerkan aksi terbaik,” katanya selepas Iran mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Iraq di Stadium Al Rayyan.

“Setiap kali dua negara ini bertemu, saingan pasti sengit malah sejarah membuktikan pemain sukar menumpukan kepada permainan di atas padang dan ia lebih kepada diselubungi gangguan emosi serta pergaduhan.

“Saya rasa, apabila perlawanan membabitkan negara jiran, ia pasti berlangsung sengit. Begitu juga permusuhan antara Iran dan Iraq sejak sekian lama yang sebenarnya cukup istimewa serta menarik,” katanya.

Sebelum bermulanya perlawanan, kedua-dua jurulatih saling merendah diri mengenai permusuhan dua negara Timur Tengah itu yang terbabit dengan peperangan pada 1980 hingga 1988.

Bagaimanapun, Ghotbi mungkin dipersalahkan apabila menambah tekanan dalam pasukan selepas menyatakan bakal melakar kejuaraan keempat di saingan Piala Asia untuk menamatkan kemarau kejayaan 35 tahun untuk Iran.

“Bagi saya perlawanan ini sukar bukan saja kerana ia membabitkan Iran dan Iraq tapi ini kali pertama kedua-dua pasukan beraksi sementara Iraq pula adalah juara bertahan. Kami terpaksa berdepan dengan tiga situasi sukar,” kata Ghotbi.

“Apa yang kami cuba lakukan semasa waktu rehat ialah menenangkan emosi setiap pemain dan memberi nasihat supaya memperkuatkan bahagian pertahanan.

“Iraq sebuah pasukan yang sukar. Mereka bermain pantas dan mempunyai semangat juang tinggi selain berbahaya ketika melakukan set piece,” katanya.

Jurulatih Iraq, Wolfgang Sidka pula amat kecewa apabila pasukan lawan diberikan sepakan percuma dan Iman Mobali kemudian meledakkan gol kemenangan.

“Kedua-dua pasukan bermain dengan semangat juang tinggi. Kami tahu mereka berbahaya apabila melakukan sepakan percuma berhampiran gawang gol,” katanya. - Reuters

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...