Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Showing posts with label Petr Cech. Show all posts
Showing posts with label Petr Cech. Show all posts

Wednesday, March 3, 2010

Petr Cech Pemain Terbaik Czech (Utusan Malaysia)

PRAGUE - Penjaga gol Chelsea, Petr Cech dinamakan sebagai Pemain Terbaik 2009 negaranya, Republik Czech kelmarin.

Cech, yang kini berehat akibat masalah otot betis, yang dialaminya ketika pasukannya kalah 1-2 kepada Inter Milan pada perlawanan Liga Juara-Juara minggu lalu, dipilih sebagai Pemain Terbaik buat kali ketiga, dalam undian yang dibuat oleh jurulatih, pemain dan wartawan negara itu.

Cech tiba di Prague untuk menerima anugerah tersebut. Dia juga memenangi anugerah tersebut tahun lalu dan 2005.

Penyerang kelab Galatasaray, Milan Baros yang cedera ketika ini, di tempat kedua manakala pemain tengah Bordeaux, Jaroslav Plasil, di tempat ketiga. - AP

Wednesday, February 17, 2010

Chelsea sukarkan saya: Petr (Berita Harian)


PETR bersama kapten, John Terry.

LONDON: Petr Cech beranggapan kejayaan yang dicapai Chelsea menjadikannya sukar untuk menampilkan aksi terbaik.

Warga Republik Czech itu dikritik awal musim ini dengan The Blues kelihatan goyah berdepan dengan bola mati.

Tetapi dia merasakan permainannya merosot kerana jarang melihat bola dalam perlawanan.

Dia berkata: “Kadang kala ia adalah sukar, kerana anda melalui tempoh 10 atau 15 minit tanpa menyentuh bola. Kemudian sesuatu yang berlaku dan anda perlu berada di sana.

“Ia adalah sukar secara mental. Kadang kala anda berdepan hanya satu percubaan dan ia adalah gol.

“Ramai penjaga gol hebat daripada kelompok pertengahan datang ke kelab besar dan ia tidak menjadi buat mereka.

“Mereka belum dapat menyesuaikan diri pada kenyataan bahawa anda hanya mempunyai satu, dua atau mungkin tiga perkara perlu dilakukan dalam satu perlawanan dan anda perlu melakukannya dengan tepat.” - Agensi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...