Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, December 1, 2011

ksi Owona, Seirra berjaya pikat Jang

Oleh Mohd Amin Jalil
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

IMPIAN Negeri Sembilan untuk mendapatkan dua ‘awang import’, berkualiti akhirnya tercapai apabila Jean Emma Namuel Effa Owona dari Cameroon dan Marquen Seirra (Brazil), masing-masing bakal mengukuhkan kekuatan pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan yang dijadualkan bermula 7 Januari 2012.

Effa Owona bakal mengisi posisi barisan depan manakala Sierra di bahagian pertahanan selepas pengurusan pasukan berpuas hati terhadap persembahan mereka sepanjang ujian sejak seminggu lalu dengan kali terakhir ketika perlawanan persahabatan menentang Kelantan, di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam kelmarin.


Menteri Besar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan, mengesahkan kedua-dua pemain berkenaan memenuhi kriteria diperlukan bagi membentuk skuad mantap.

“Selepas melihat persembahan mereka dalam beberapa ujian yang dijalankan, kita bersetuju mengambil kedua-dua pemain ini untuk bersama Negeri Sembilan.


“Tambahan pula kita kesuntukan masa untuk menguji pemain import lain dan kita rasa mereka sudah dapat memenuhi kriteria yang kita tetapkan,” katanya selepas perlawanan malam kelmarin yang berkesudahan Negeri Sembilan menewaskan Kelantan 3-1, hasil jaringan Effa Owona, Idris Karim dan S Kunanlan.

--- Harian Metro

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...