Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Showing posts with label Jose Mourinho. Show all posts
Showing posts with label Jose Mourinho. Show all posts

Monday, February 21, 2011

Mourinho gah (Harian Metro Online)

MADRID: Rekod tanpa kalah sembilan tahun Jose Mourinho di gelanggang sendiri tidak tergugat apabila skuad bimbingannya, Real Madrid mengatasi Levante 2-0, semalam untuk merapatkan kedudukan kepada dua mata dengan pendahulu La Liga, Barcelona.

Kali terakhir pengurus dari Portugis itu mengalami kekalahan di hadapan penyokong sendiri adalah pada 23 Februari 2002 apabila Porto tewas kepada pasukan pelawat, Beira Mar dan sejak itu beliau tidak pernah tewas dalam 148 perlawanan ketika membimbing Porto, Chelsea, Inter Milan dan Real.

Rekod bersih di gelanggang sendiri sejak tiba di Bernabeu berterusan apabila mencatat 12 kemenangan daripada 12 perlawanan hasil daripada dua gol separuh masa pertama oleh Karim Benzema dan Ricardo Carvalho untuk membolehkan Real mengumpul 60 mata.

Skuad bimbingan Pep Guardiola pula menanti kunjungan Athletic Bilbao selepas seri pada saingan liga dan kala dalam saingan Liga Juara-Juara minggu lalu namun Mourinho tidak berminat untuk bercakap mengenainya.

“Saya tidak tahu sama ada menyaksikan aksi Barca menentang Athletic. Saya mungkin makan malam bersama keluarga kerana akan ke Lyon hari ini,” kata Mourinho.

“Saya tidak boleh mempengaruhi perlawanan itu. Tekanan adalah kepada pasukan di tempat kedua iaitu kami, bukannya kepada pasukan yang berada di kedudukan teratas.” Real beraksi tanpa penjaga gol Iker Casillas yang digantung dan merehatkan beberapa pemain seperti Pepe, Mesut Ozil dan Xabi Alonso menjelang kunjungan ke Lyon pada perlawanan pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara namun masih mampu mendahului selepas hanya enam minit perlawanan bermula melalui Benzema.

Penyerang Perancis itu mudah menyambut hantaran daripada Angel Di Maria yang bijak bermain di sebelah sayap dengan menewaskan tiga pemain pertahanan sebelum melakukan hantaran lintang.

Levente lebih berhati-hati untuk mengelakkan kekecewaan apabila kembali mengemaskan permainan dengan gol kedua Real hadir seminit sebelum separuh masa pertama berakhir apabila Carvalho menyudahkan sepakan percuma Cristiano Ronaldo dari jarak dekat.

Penjaga gol remaja Real, Antonio Adan membuat penampilan pertama untuk skuad itu namun jarang sekali menyentuh bola. - Reuters

Wednesday, February 2, 2011

Peluang makin tipis - ( Metro Online)

MADRID: Melangkah ke pentas final Piala Raja-Raja kini lebih penting bagi Real Madrid selepas mengalami kekalahan pada saingan La Liga.

Skuad kendalian Jose Mourinho yang kini mendahului Sevilla 1-0 menjelang perlawanan kedua separuh akhir di tempat sendiri, hari ini, sedar impian mereka mengejar pendahulu liga, Barcelona semakin tipis selepas tewas mengejut kepada Osasuna.


Keputusan itu menyaksikan mereka kini ketinggalan tujuh mata berbanding skuad kendalian Pep Guardiola pada saingan liga. Juara bertahan itu akan berkunjung ke Almeria dengan bekalan selesa hasil kemenangan 5-0 pada separuh akhir pertama saingan Piala Raja-Raja.

“Kami sentiasa memberi tumpuan pada perlawanan seterusnya dan tidak pernah memikirkan kekalahan,” kata kapten Real Madrid, Iker Casillas.


“Kini kami harus meningkatkan keyakinan dan menumpukan sepenuhnya saingan Piala Raja-Raja kerana hanya tinggal selangkah sebelum ke pentas final.” Mourinho dijangka menggunakan semula khidmat Xabi Alonso untuk memperkuatkan bahagian tengah selepas pulih daripada selesema sekali gus memberi peluang kepada Emmanuel Adebayor yang baru menyertai Real menyesuaikan diri dengan corak permainan rakan sepasukannya itu.


Real yang kali terakhir menjulang piala itu pada 1993, memenangi semua perlawanan di tempat sendiri musim ini.

Sevilla pula bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mencatat keputusan seri 3-3 ketika beraksi dengan 10 pemain di Deportivo Coruna, Sabtu lalu.


Mereka dijangka akan menurunkan pemain yang baru ditandatangani iaitu Ivan Rakitic dan Gary Medel pada pertemuan dengan Real. Jesus Navas dan Ndri Romaric dijangka tidak mempunyai masalah untuk diturunkan selepas tidak beraksi di Deportivo.

Barcelona pula dijangka membariskan ramai pemain simpanan ketika bertemu Almeria yang menduduki tangga kedua tercorot liga dan tidak pernah beraksi di final Piala Raja-Raja. - Reuters

Monday, January 17, 2011

Nistelrooy kembali ke pangkuan Real (Harian Metro Online)

MADRID: Jose Mourinho mengalu-alukan kehadiran semula Ruud van Nistelrooy bersama skuad Real Madrid selepas penyerang itu dilapor media Sepanyol bakal berpindah ke kelab La Liga itu.

Van Nistelrooy, 34, meninggalkan Real untuk beraksi dengan kelab Bundesliga, Hamburg SV, Januari lalu selepas meledak 46 gol dalam 68 perlawanan dalam tempoh lebih tiga musim bersama gergasi Sepanyol itu dan kontraknya tamat musim ini.

Real pernah mengeluarkan kenyataan akan mendapatkan penyerang pada musim perpindahan bulan ini bagi menggantikan penyerang Argentina, Gonzalo Higuain yang terpaksa berehat empat bulan akibat kecederaan belakang.

“Banyak nama diperkatakan,” kata Mourinho pada sidang media di pusat latihan Real, Valdebebas di Madrid semalam ketika ditanya mengenai bekas pemain antarabangsa Belanda itu.

“Saya gembira jika van Nistelrooy menyertai kami. Kami bersaing bersama di England dan saya mengenalinya di dalam dan luar padang.

“Pasukan ini pasti bertambah baik jika mempunyai seorang lagi penyerang kerana kami kekurangan pemain dan terpaksa mengharungi banyak perlawanan,” kata pengendali dari Portugal itu.

Van Nistelrooy yang turut melakar kejayaan bersama Manchester United adalah tonggak utama Real ketika menjuarai liga pada musim 2007 dan 2008.

Dia yang diminati penyokong Real berpindah ke Hamburg selepas Karim Benzema dan Cristiano Ronaldo menyertai kelab itu.

Menurut laman web Hamburg (www.hsv.de), dia menjaringkan 10 gol dalam 25 perlawanan Bundesliga dan dijangka berdepan bekas rakan sepasukan di Real, Raul apabila Hamburg menentang Schalke 04.

Real kini dua mata di belakang pendahulu La Liga dan juara bertahan Barcelona selepas 18 perlawanan. - Reuters

Friday, January 14, 2011

Mourinho masih menaruh harapan (Kosmo Online)




MADRID - Jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho (gambar) tidak mahu terlalu memikirkan mengenai ketiadaan penyerangnya, Gonzalo Higuain yang terpaksa diketepikan ekoran masalah kecederaan.

Malah, Mourinho tidak sesekali mengharapkan sentuhan Higuain bagi meletakkan kembali Real di landasan sebenar dalam usaha mereka memburu trofi kejuaraan Liga Sepanyol musim ini.

Higuain dijangka berehat sekurang-kurangnya empat bulan sele- pas selamat menjalani pembedahan belakang badan kelmarin.

Bagi Mourinho yang baru dijulang sebagai Jurulatih Terbaik Dunia 2010, dia tidak berasakan keajaiban akan berlaku untuk menyaksikan Higuan pulih secepat yang mungkin.

"Dalam tempoh dua bulan, Higuain pasti akan kembali menjalani latihan semula dan pada dua bulan berikutnya, dia sudah boleh kembali beraksi, namun dia tidak akan cergas sepenuhnya.

"Itu adalah jangkaan saya sendiri. Saya langsung tidak menghitung hari terhadap proses pemu- lihan yang bakal dialaminya," jelas Mourinho.

Sekalipun tidak memberi apa- apa gambaran untuk membawa masuk muka baru pada musim perpindahan pemain yang dibuka ketika ini, namun Mourinho tetap mengingatkan kepada pihak pengurusan Real bahawa ia adalah perlu.

Begitupun beliau menegaskan, kelab gergasi Sepanyol itu tidak akan bersaing dengan kelab-kelab lain bagi mendapatkan khidmat pemain-pemain baru.

"Majoriti kelab-kelab hebat memiliki ramai rangkaian penyerang. Arsenal sahaja memiliki lebih dari- pada lima pemain yang beraksi di bahagian jentera serangan.

"AC Milan pula, memiliki (Zlatan Ibrahimovic), Robinho, Pato tetapi kami hanya ada (Karim) Benzema ketika ini. Namun, itulah hakikatnya," kata Mourinho. - AP

Tuesday, March 16, 2010

Chelsea masih di hati saya - Mourinho

LONDON - Jose Mourinho akhirnya kembali ke Stamford Bridge, esok dalam percaturan paling getir iaitu membenam kelab yang hakikatnya masih terlalu istimewa dalam lubuk hatinya. ''Saya ke sana (Stamford Bridge) dengan hati yang terbuka untuk kedua- duanya. Itulah yang dilakukan oleh seorang profesional.

''Saya tidak boleh berselindung bahawa Chelsea adalah sebahagian perkara penting dalam hidup saya,'' kata Mourinho yang akan mempertahankan keputusan awal 2-1 menentang Chelsea, esok.

Pertemuan kedua Chelsea menentang Inter, esok adalah saat paling ditunggu-tunggu di samping satu lagi perlawanan menemukan Barcelona dengan Stuttgart yang kini terikat 1-1.

Catalan bagaimanapun turun dengan semangat baru selepas membenam Valencia 3-0, kelmarin yang mana Lionel Messi mencatat hatrik.

Hari ini, Sevilla akan berdepan CSKA Moscow selepas terikat 1-1 manakala wakil Perancis, Bordeaux menjadi pasukan pilihan ke suku akhir selepas menang 1-0 ke atas Olympiakos dalam aksi pertama.

Apa sekali pun, tumpuan diramal terarah kepada Mourinho yang akan mengambil tempat di kawasan pasukan pelawat, hanya beberapa meter daripada tempatnya sewaktu bersama Chelsea.

''Yang menariknya, saya tidak perlu berjalan jauh. Dari bilik persalinan ke padang hanya lima meter. Saya tidak perlu menyeberangi stadium. Saya tidak akan mendengar gegak gempita stadium. Saya hanya perlu mengambil tempat dan menjalankan tugas saya,'' kata Mourinho.

Malah, Mourinho yakin dia akan menerima sambutan yang hebat selepas membantu Chelsea menjulang gelaran Liga Perdana England dan dua Piala Liga serta satu Piala FA satu ket

--- UTUSAN MALAYSIA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...