Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Showing posts with label Ashari Samsudin. Show all posts
Showing posts with label Ashari Samsudin. Show all posts

Wednesday, January 12, 2011

Enam pemain dapat habuan (Harian Metro Online)

ENAM pemain bola sepak anak jati Terengganu yang membantu Malaysia menjuarai Piala Suzuki menerima anugerah daripada Kerajaan Negeri semalam.

Anugerah yang disampaikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said itu berbentuk satu lot tanah dan wang tunai RM5,000 seorang.

Pemain itu ialah Mohd Sarbini Alawee Ramli, Mohd Ashaari Shamsuddin, Mohd Muslim Ahmad, Izzat Faris Ramlan, Mohd Faizal Mohamad dan Norshahrul Idlan Talaha.

Ahmad berkata, kerajaan negeri sentiasa memberikan komitmen kepada atlet dan berharap lebih ramai lagi anak jati Terengganu berjaya pada masa depan. Ahmad turut menasihati pemain yang akan mewakili Terengganu dalam pertandingan Liga Malaysia supaya lebih berdisiplin dan tidak bersikap mudah berpuas hati dengan pencapaian mereka untuk memastikan negeri itu mampu muncul sebagai satu kuasa baru dalam sukan bola sepak.

“Saya minta pihak pengurusan tidak berkompromi dengan pemain yang tidak berdisiplin ini dan bertindak tegas terhadap mereka, tanpa mengira status,” katanya selepas majlis penghargaan kepada pemain Terengganu yang mewakili Terengganu dalam Piala Suzuki AFF dan majlis menandatangani kontrak dua pasukan Terengganu.

Pasukan Terengganu dan pasukan T-Team akan mewakili Terengganu musim ini.

Ahmad berkata antara langkah yang boleh diambil termasuk memperkenalkan sistem potong elaun atau gaji terhadap pemain-pemain yang ponteng latihan atau sengaja mencari masalah sewaktu perlawanan sehingga dilayangkan kad merah atau kuning.

Beliau turut melahirkan harapan untuk melihat kedua-dua pasukan Terengganu itu membawa pulang satu daripada piala dipertandingkan bagi mengakhiri penantian lebih 10 tahun untuk menjadi juara.

Saturday, December 25, 2010

Ashari bersedia pikul tugas (Kosmo Online)


ASHARI (kanan) membuka jaringan skuad kebangsaan pada aksi persahabatan menentang Felda United di padang Wisma FAM, Kelana Jaya, malam tadi. Malaysia menang 2-0 pada perlawanan itu dengan satu lagi gol dijaringkan oleh Safee Sali. - Gambar ZAKKI JILAN


"JARINGAN tadi menambahkan lagi keyakinan saya. Jika diturunkan pada final Ahad ini, saya sudah bersedia sepenuhnya untuk menggalas tugas."

Demikian tekad penjaring terbanyak Liga Super 2010, Ashari Samsudin yang meledak gol pertama skuad kebangsaan ketika menewaskan Felda United 2-0 pada perlawanan ujian di padang Wisma FAM, Kelana Jaya malam tadi, lapor WAN FAKHRUL BAKAR.

Jaringan penyerang Terengganu berusia 25 tahun itu terhasil pada minit ke-55 sebelum Safee Sali menjaringkan gol kedua seminit sebelum permainan berakhir.

Ashari mungkin diturunkan dalam kesebelasan utama pada aksi final pertama Piala AFF Suzuki 2010 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Ahad ini andai Amirulhadi Zainal dan Khyril Muhymeen Zambri belum pulih daripada kecederaan lutut.

Pada separuh masa pertama, Rajagobal menurunkan gandingan Sharbinee Allawee Ramli, Razman Roslan, Khairul Helmi Johari, Faizal Muhammad, Mahali Jasuli, Faizal Abu Bakar, Sabre Mat Abu, K. Gurusamy, Ashari Samsudin, Amri Yahyah dan Izzaq Faris Ramlan dalam kesebelasan utamanya.

Felda United yang dibimbing E. Elavarasan pula tidak kurang hebatnya dengan menampilkan beberapa bekas pemain kebangsaan seperti Hamsani Ahmad, Kaironisam Sahabuddin, Rashid Mamud, Juzaili Samion, Azi Shahril Azmi, Farderin Kadir, K. Rajan, Liew Kit Kong dan Nizaruddin Yusof.

Kedua-dua pasukan melakukan beberapa percubaan berbahaya tetapi kecekapan Sharbinee dan Hamsani menyebabkan kedudukan kekal 0-0 sehingga separuh masa pertama berakhir.

Pada babak kedua Rajagobal melakukan sedikit perubahan dalam kesebelasan utamanya dengan Khairul Fahmi Che Mat, Mahali, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Asraruddin Putra Omar, S. Kunanlan, Amar Rohidan, Safiq Rahim, Ashari, Norshahrul Idlan Talaha dan Safee.

Akhirnya dua gol berjaya diperoleh skuad kebangsaan menerusi Ashari dan Safee.

Hanya Amirulhadi dan Khyril tidak diturunkan kerana belum cergas sepenuhnya akibat kecederaan lutut.

Perlawanan tersebut dijadikan medan buat Rajagobal untuk mencuba beberapa kombinasi selain mencari pemain sesuai untuk mengisi posisi Amirulhadi dan Khyril.

Skuad bimbingan Rajagobal itu akan berdepan Indonesia pada final pertama Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini.

Final kedua akan berlangsung di Gelora Bung Karno, Jakarta pada 29 Disember.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...