Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Showing posts with label Arsene Wenger. Show all posts
Showing posts with label Arsene Wenger. Show all posts

Thursday, July 14, 2011

Perlu konsisten 90 minit


Robin van Persie melontarkan topi kepada peminat-peminat Arsenal selepas menamatkan perlawanan persahabatan menentang Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam. Malaysia tewas 0-4 kepada Arsenal. - UTUSAN/Abdul Razak Latif


KUALA LUMPUR - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger memuji tahap motivasi di kalangan pemain Harimau Malaya yang tidak kenal erti mengalah ketika menentang pasukannya pada perlawanan persahabatan Siri Jelajah Asia skuad Gunners itu, semalam.

Katanya, pasukan tuan rumah beraksi dengan baik terutama pada separuh masa pertama, namun sedikit goyah ketika babak kedua bermula.

''Pergerakan pemain mereka (Malaysia) juga sangat laju dan pada separuh masa pertama cara permainan juga agak menarik terutama di bahagian pertahanan.

''Saya dapat lihat mereka mempunyai peluang untuk menjaringkan gol, namun tidak dapat memanfaatkan peluang tersebut.

''Malah, corak pergerakan pemain mereka yang bermula dari bawah ke atas juga bagus dalam perlawanan tadi (semalam)," katanya pada sidang akhbar selepas tamat perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pada perlawanan tersebut skuad Gunners memperoleh kemenangan 4-0 menewaskan Malaysia.

Tambah Wenger, dalam perlawanan tersebut kesemua pemainnya bebas daripada sebarang kecederaan dan bermain dengan baik.

Dalam pada itu, pengurus skuad Gunners itu turut meletakkan harapan pada pasukannya untuk memperoleh gelaran dalam Liga Juara-Juara musim depan selepas kecewa enam musim tanpa piala.

Arsenal akan meneruskan Siri Jelajah mereka ke China hari ini.

----- Utusan Malaysia Online

Wenger puji Malaysia

PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger tetap memuji permainan skuad kebangsaan biarpun anak buahnya bermain secara bersahaja ketika mencatat kemenangan 4-0 pada perlawanan persahabatan siri Jelajah Asia kelab gergasi Inggeris itu semalam.

Menurut pengendali dari Perancis itu, skuad Harimau Malaya mempunyai kepantasan namun kurang sengat di bahagian serangan.

“Mereka mengatur permainan dengan pantas, bermotivasi serta tersusun di bahagian pertahanan tapi serangan kurang menjadi,” katanya.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi dengan disaksikan lebih 50,000 penyokong, The Gunners membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti pemain tengah Aaron Ramsey pada minit ke-5.

Arsenal yang menamatkan musim lalu di tangga keempat liga menambah jaringan pada minit ke-38 hasil percubaan bintang England, Theo Walcott yang memperdayakan penjaga gol Malaysia Mohd Nasril Mat Nourdin.

Dominasi Arsenal berterusan di babak kedua selepas kemasukan pemain perancang, Samir Nasri dan penyerang Robin Van Persie.

----- Harian Metro Online

Monday, February 7, 2011

Arsenal cari masalah (Kosmo Online)



DIABY (kiri) ditenteramkan rakan sepasukannya selepas dia bertengkar dengan kapten Newcastle, Kevin Nolan pada aksi di St. James Park kelmarin.


NEWCASTLE - Sekalipun selesa mendahului 4-0, ia masih belum mampu membantu Arsenal mencatatkan kemenangan ke atas Newcastle United dalam saingan Liga Perdana England kelmarin.

Sebaliknya, anak-anak buah Wenger hanya mampu mencatatkan keputusan seri 4-4 pada aksi di St. James Park itu.

Skuad The Gunners tampil dengan rentak cemerlang pada awal babak pertama apabila berjaya menjaringkan empat gol dalam tempoh 26 minit.

Ia hasil dua jaringan penyerang Belanda, Robin van Persie dan masing- masing satu gol menerusi Theo Walcott serta Johan Djouro.

Bagaimanapun, kad merah yang dilayangkan kepada perancang Arsenal, Abou Diaby pada minit ke-50 ternyata memberikan kesan besar kepada skuad kendalian Arsene Wenger itu.

Akibatnya, gawang Arsenal dibolosi empat gol pada babak kedua perlawa- nan.

Dua gol terhasil menerusi sepakan penalti yang diambil Joey Barton manakala Leon Best dan Ismael Chiek Tiote masing-masing meledak satu gol buat Newcastle.

Wenger mengakui, kelemahan mental anak-anak buahnya terutama pada babak kedua mampu menjejaskan misi The Gunners memburu trofi kejuaraan liga musim ini.

"Secara psikologinya, terlepas dua mata dalam perlawanan sebegini adalah situasi yang teruk sekali. Saya tidak dapat gambarkan betapa marah- nya saya ketika ini.

"Saya sangat kecewa dengan kepu- tusan seperti ini tetapi hanya masa depan yang akan menentukan segala-galanya.

"Memang amat mengecewakan kerana ia merupakan peluang terbaik buat kami untuk mengutip tiga mata penuh, namun kami sedar Newcastle juga beraksi dengan baik dan tidak mudah menyerah kalah biarpun ketinggalan 4-0," jelas Wenger.

Keputusan seri itu menyaksikan Arsenal masih gagal merapatkan jurang mata dengan pendahulu liga, Manchester United sekalipun The Red Devils tewas 1-2 kepada Wolverhampton Wanderers awal pagi semalam.

Anak-anak buah Wenger masih kekal berada di tangga kedua liga dengan mengumpul 50 mata, empat mata dibelakang United. - AFP

Sunday, January 23, 2011

Wenger perli United (Harian Metro Online)


NASIB...United sekadar bernasib baik catat keputusan tanpa kalah dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
NASIB...United sekadar bernasib baik catat keputusan tanpa kalah dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

LONDON: Arsene Wenger (gambar) berkata Manchester United agak “bernasib baik hingga kini” untuk mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Liga Perdana Inggeris, namun beliau berasakan mereka tidak akan mula memikirkan untuk menyamai pencapaian mengagumkan Arsenal tujuh musim lalu hinggalah lima perlawanan terakhir musim.

Pengurus Arsenal itu, yang menganggap kejayaan pasukannya menjuarai liga tanpa mengalami sebarang kekalahan pada musim 2003-04 sebagai pencapaian terulungnya, berkata adalah mustahil untuk meramalkan United akan mengikut jejak langkah pasukannya itu kali ini.

Bagaimanapun apa yang beliau tidak pasti sama ada anak buah Alex Ferguson berpeluang untuk melakukannya kali ini, kerana pasukannya bersedia untuk meranapkan impian mereka.

Seorang atau dua pemain daripada skuad terhebat Wenger pernah berkata secara peribadi bahawa mereka benci jika United mampu mengekalkan rekod tanpa kalah kerana ia sedikit sebanyak akan menjejaskan apa yang mereka capai selama ini.

Arsenal akan menanti kunjungan United di Stadium Emirates pada 30 April depan, ketika musim berbaki empat perlawanan untuk ditamatkan.

“Adakah anda bertanyakan saya, bolehkah mereka melakukannya?” kata Wenger.

“Pastinya, kerana mereka belum kalah lagi. Mereka agak bernasib baik hingga kini? Pastinya, tapi kita akan lihat. Saya tidak tahu lebih daripada anda. Anda benar-benar memikirkan untuk memenangi kejuaraan liga tapi dengan lima perlawanan untuk dilalui, anda mula memikirkan: ‘Oh, kami boleh menambah sesuatu terhadap kejuaraan ini. Itulah yang berlaku terhadap kami. Tapi anda tidak memikirkan mengenainya dengan berbaki 16 perlawanan lagi.” United masih memiliki 17 perlawanan untuk dimainkan dan rekod mereka selepas 21 perlawanan pertama sama dengan pencapaian Arsenal pada 2003-04; United seri sembilan kali manakala Arsenal tujuh. Lagipun, elemen tuah amat penting seperti yang diakui Wenger sendiri.

United sebelum ini bergelut beberapa kali di gelanggang lawan dan kemenangan 2-1 di West Bromwich Albion, apabila Peter Odemwingie gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-63 ketika kedudukan 1-1, mungkin mampu mengubah nasib mereka.

Arsenal hampir kalah pada September 2003 di Old Trafford tetapi penyerang United, Ruud van Nistelrooy terlepas sepakan penalti pada masa kecederaan ketika kedudukan 0-0.

“Di West Brom, sebagai contoh,” kata Wenger, apabila ditanya di mana beliau menganggap United amat bernasib baik musim ini. - Agensi

Monday, January 17, 2011

Bayangan juara (Sinar Harian Online)



ARSENE Wenger semakin yakin Arsenal mampu menggenggam kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini selepas melakar kemenangan ke atas West ham United, 3-0.

“Saya yakin kami boleh menang. Jika lihat rekod sebelum ini kami menewaskan Chelsea, menang dua kali di tempat sendiri dan seri ketika bertemu Manchester City.

“Kejuaraan sudah hampir pasti milik kami selepas prestasi cemerlang di tempat sendiri mahupun di arena lawan.

“Jika lihat keputusan perlawanan, ia lebih baik berbanding musim lalu dan ini membuktikan kematangan pasukan juga bertambah baik berbeza sebelum ini,” katanya.

Pada pertemuan di Upton Park, semalam, The Gunners membuka jaringan awal menerusi Robin van Persie sebelum Theo Walcott menambah derita West Ham.

Penalti disempurnakan Van Persie di babak kedua terus melenyapkan kegembiraan The Hammers yang cuba mencuri peluang membolosi gawang lawan sekali gus menambah tekanan buat jurulatihnya, Avram Grant.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...