KOTA BAHARU, 21 Feb (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA)
belum menerima surat rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
berhubung denda sebanyak RM62,500 yang dikenakan berkaitan perlawanan
menentang Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, 15
Jan lalu.
Penasihat KAFA Tan Sri Annuar Musa berkata beliau hanya mengetahui mengenai denda itu melalui media, dan enggan mengulas lanjut.
"Sebenarnya saya tidak tahu mengenai hal ini sebab saya tidak menerima sebarang surat secara rasmi," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) di Peringat di sini Khamis.
Jawatankuasa Tatatertib dan Disiplin FAM yang bersidang semalam memutuskan KAFA didenda RM62,500 atas empat kesalahan iaitu penyokong membaling mercun ke dalam padang (RM20,000); penyokong membaling objek ke dalam padang (RM2,500); membaling objek kepada penyokong JDT (RM20,000); dan RM20,000 kerana KAFA gagal mengambil langkah keselamatan sewajarnya.
KAFA, yang sebelum itu mengaku tidak bersalah atas keempat-empat pertuduhan itu, juga diberi amaran terakhir supaya memastikan insiden itu tidak berulang yang boleh mengakibatkan The Red Warriors beraksi di stadium kosong.
KAFA juga tidak dibenarkan mengemukakan rayuan kerana hukuman yang dikenakan adalah maksimum.
Sementara itu, Presiden Kelab Penyokong The Red Warrior Kota Baharu Mohd Zaini Mohd Zain berkata: "Saya harap FAM jangan terlalu menghukum Kelantan sedangkan kita tengok tahun-tahun sebelum ini Kelantan yang mengembalikan kegemilangan bola sepak Malaysia."
"Saya juga berharap agar FAM dapat meneliti pelbagai perkara berkaitan sebelum membuat hukuman, terutama mutu pengadilan," katanya.
-- BERNAMA

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.