KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Kedah, Sabah, Sarawak, Pos Malaysia
dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memulakan saingan Liga Perdana dengan
langkah kanan apabila masing-masing berjaya mengutip tiga mata penuh
pada perlawanan pembukaan Isnin.
PDRM mencatat kemenangan besar apabila membelasah Negeri Sembilan Betaria 5-0 di Stadium Hang Jebat, Melaka.
Pasukan Sarawak pula menang tipis 2-1 ke atas Perlis di Stadium Utama Kangar, sementara Impian Kedah untuk memperoleh kemenangan sulung menjadi kenyataan setelah mengalahkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) 2-0 di Stadium Hang Tuah, Melaka.
Di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah mengalahkan pasukan berstatus kelab, S.P.A Putrajaya 2-1.
Pos Malaysia pula mencatat kemenangan tipis 3-2 kepada Kuala Lumpur di Stadium Majlis Perbandaran Selayang smentara pada perlawanan sebelah malam di Stadium Tan Sri Hasan Yunos, Larkin, pasukan Johor seri tanpa jaringan 0-0 kepada Sime Darby.
-- BERNAMA

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.