|
APA lagi alasan pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal.
Keputusan seri 1-1 dengan Hong Kong pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam malam tadi membuktikan betapa skuad Harimau Malaya belum mampu menunjukkan taring sebenar.
Keputusan seri 1-1 dengan Hong Kong pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam malam tadi membuktikan betapa skuad Harimau Malaya belum mampu menunjukkan taring sebenar.
Kurang dua minggu sebelum kempen Piala AFF Suzuki 2012 bermula,
Rajagobal harus segera memperbaiki setiap kepincangan yang ada dalam
skuad kendaliannya itu.
Jika anak-anak buah Rajagobal terus menampilkan aksi longlai
sebagaimana ditampilkan ketika menentang Hong Kong, mereka mungkin sudah
boleh melupakan misi untuk mempertahan kejuaraan Piala AFF Suzuki kali
ini.
Terdahulu, Harimau Malaya mengalami dua kekalahan berturut-turut
iaitu tewas 0-1 kepada Vietnam di Hanoi sebelum kecundang 0-2 di tangan
Thailand di Bangkok.
Dua kekalahan itu jelas sekali mencetuskan panik dalam kalangan
penyokong dan pemerhati bola sepak tempatan yang berharap anak-anak buah
Rajagobal sekali lagi mengecap kejayaan selaku juara Piala AFF Suzuki.
Pada aksi malam tadi, Rajagobal menurunkan barisan terbaik dengan Khairul Fahmi Che Mat diberi tugas selaku penjaga gol utama.
Benteng pertahanan pula dikemudi Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak, Mohd. Bunyamin Umar, Mohd. Fadhli Shaas dan Zubir Azmi.
Jentera tengah pula diterajui kapten, Safiq Rahim sambil dibantu Amar
Rohidan, S. Kunanlan dan Azzamuddin Mohd. Akil manakala Safee Sali
serta Norshahrul Idlan Talaha bertanggungjawab merobek gawang Hong Kong.
Biarpun menurunkan ‘barisan impian’, Rajagobal pastinya resah melihat
aksi longlai anak-anak buahnya itu yang gagal menghadirkan gerun
pasukan lawan.
Dalam tempoh 45 minit pertama perlawanan, Harimau Malaya masih gagal
merobek gawang lawan biarpun memiliki beberapa peluang menerusi
percubaan Safee dan Norshahrul.
Satu-satunya peluang terbaik Harimau Malaya hadir pada minit ke-16
menerusi gerakan Norshahrul, namun sepakan gunting Safee tersasar di
sebelah kanan gawang Hong Kong.
Harimau Malaya akhirnya membuka tirai jaringan menerusi tandukan Safee pada minit ke-58.
Pasukan pelawat terpaksa beraksi 10 pemain selepas Lee Chi Ho
dilayangkan kad merah oleh pengadil, Suhaizi Shukri selepas tonggak
pertahanan Hong Kong itu mengasari Safee pada minit ke-82.
Namun, di sebalik keghairahan Harimau Malaya memburu jaringan, mereka
dihukum menerusi jaringan penyamaan Hong Kong oleh Lam Ka Wei pada
minit ke-88 gara-gara kesilapan Aidil dan Khairul Fahmi.
--- KOSMO
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.