BEKAS pemain Kelab La Liga Sepanyol, Daniel Gonzales Guiza, 32, menandatangani kontrak selama setahun dengan Johor semalam.
Menurut Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ),
Suhairi Hashim, satu majlis khas menandatangani kontrak pemain handalan
dunia itu telah berlangsung secara tertutup di sebuah hotel di Johor
Bahru pada tengah hari semalam.
Ia disaksikan oleh Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Pengurus pasukan, Fandi Ahmad.
Berhubung nilai bayaran kontrak dan gaji yang diterima oleh bekas
pemenang Kasut Emas ketika bersama pasukan Real Mallorca dalam saingan
Liga Sepanyol pada musim 2008 itu, Suhairi enggan mengulas lanjut.
“Mengenai soal nilai pembayaran kontrak termasuk gaji yang
diterimanya, kita tidak boleh dedahkan dan ia adalah rahsia,” katanya
kepada Kosmo!.
Semalam Kosmo! melaporkan Guiza yang menjadi pemain import baharu
Johor memasang matlamat untuk memburu Kasut Emas dalam saingan liga
tempatan musim depan.
Bekas pemain Real Mallorca dan La Roja itu turut berazam untuk
menjaringkan gol pada setiap perlawanan dan mahu muncul sebagai
penjaring terbanyak.
Kehadiran Guiza dijangka bakal mengembalikan semula kegemilangan
pasukan Johor lebih-lebih lagi apabila dia digandingkan dengan pemain
berbisa tempatan seperti Mohd. Aidil Zafuan dan Zaquan Adha Abd. Radzak,
Azmi Muslim dan Safiq Rahim.
Tambah Suhairi, mengikut syarat dalam perjanjian kontrak, pemain antarabangsa seharusnya menjalani latihan pada 1 Disember ini.
“Bagaimanapun, Tunku Ismail memberi pelepasan kepadanya untuk menyambut Krismas di Sepanyol,” ujar beliau lagi.
--- KOSMO
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.