BERLIN 13 Mei - Penyerang Sepanyol, Raul akan bermain untuk kelab Al Sadd di Qatar musim depan selepas bertukar angin ke Asia Barat dari liga Jerman, Schalke 04.
Bulan lalu, bekas bintang Real Madrid berusia 34 tahun itu mengumumkan untuk meninggalkan Schalke apabila musim berakhir selepas dua musim berada di Gelsenkirchen.
Pada masa itu, beliau berkata akan memilih "luar Eropah" tetapi Al Sadd dalam laman webnya mengumumkan bahawa pemain itu akan menyertai kelab tersebut pada musim 2012/13. - AFP
--- UTUSAN MALAYSIA
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.