Oleh Sukhairi Abd Thani, Hamid Salleh, Azizan Hashim, Mohd Amin Jalil dan Asrol Awang
bhsukan@bharian.com.my
2011/07/07
ABDUL Hadi (kanan) cuba melepasi kawalan pemain FELDA United pada perlawanan Liga Super di Stadium MBPJ, malam tadi.
JUARA Piala FA, Terengganu yang turun dengan harapan memintas Kelantan di persada liga sekiranya pendahulu itu tumpas di Sabah, berpesta gol ketika membenam FELDA United 6-2 di Stadium MBPJ malam tadi - kemenangan yang melonjak pasukan kendalian Irfan Bakti Abu Salim ke tangga kedua liga selepas Selangor sekadar seri tanpa jaringan dengan Perak.
Tanpa menghiraukan keputusan Kelantan yang mengesahkan kejuaraan selepas membenam Sabah di Stadium Likas, Terengganu yang perlu menang besar mengganas sebaik bermula dan memerlukan tempoh enam minit untuk membolosi skuad E Elavarasan dengan tiga gol - bermula jaringan minit ke-16 Reeshafiq Alwi, Abdul Manaf Mamat dan pemburu kasut emas Liga Super, Abdul Hadi.
Tiga minit sebelum rehat, Hadi menjadikan kedudukan 4-0 sebelum FELDA merapatkan jurang menerusi Hasmarul Fadzir Hassan (m-45).
Pada babak kedua, Hadi menambah dua lagi gol (m-70, m-82) untuk 20 gol keseluruhan musim ini untuk memastikan status selaku penjaring terbanyak Liga Super, sebelum FELDA merapatkan jurang dengan gol kedua Syazwan Zainon (m-85).
Pada babak kedua, Hadi menambah dua lagi gol (m-70, m-82) untuk 20 gol keseluruhan musim ini untuk memastikan status selaku penjaring terbanyak Liga Super, sebelum FELDA merapatkan jurang dengan gol kedua Syazwan Zainon (m-85).
Di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi, Negeri Sembilan menumpaskan pasukan tangga tercorot Perlis 2-0, hasil jaringan Ahmad Fakri Saarani pada minit ke-36 dan Shahurain Abu Samah (m-59).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.