Sebaliknya pengendali negara yang membimbing skuad Harimau Malaya melakar kejayaan di Sukan Sea Laos 2009 dan Piala Suzuki AFF, Disember lalu itu bersedia mengarahkan anak buahnya menggempur kubu The Gunners.
“Kita tidak boleh bermain secara bertahan kerana Arsenal pasukan hebat. Saya mahu pemain juga menyerang bukan hanya berkubu di tempat sendiri,” katanya pada sidang media khas bersama dengan pengurus Arsenal, Arsene Wenger yang tiba bersama pasukannya di Kuala Lumpur semalam.
Pertemuan Malaysia dan Arsenal ini adalah yang pertama selepas 1999 yang berkesudahan dengan kemenangan 2-0 buat kelab dari Utara London itu menerusi jaringan bekas penyerang Nicolas Anelka dan Emmanueal Petit.
Namun Harimau Malaya juga memiliki memori indah apabila pernah membenam the Gunners 2-0 hasil ledakan gol pemain legenda, Datuk Mokhtar Dahari pada 13 Mei 1975.
Dua hari selepas itu, giliran bekas penyerang prolifik, Isa Bakar mencipta nama dengan menjaringkan gol untuk Malaysia seri 1-1 dalam pertemuan kedua dengan Arsenal.
Bagaimanapun Rajagobal tidak meletakkan misi mengulangi kejayaan itu sebagai fokus utamanya sebaliknya beliau hanya menggunakan peluang berdepan barisan bintang Arsenal seperti Robin van Persie, Samir Nasri dan Theo Walcott sebagai persiapan terbaik mereka menentang Singapura dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 pada 23 Julai ini.
“Pemain saya bersemangat untuk menentang Arsenal dan ini peluang terbaik untuk saya menilai kemampuan pemain yang boleh menggalas tugas dalam pusingan kelayakan Piala Dunia berdepan Singapura.
----- Harian Metro Online
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.