Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, June 7, 2011

Karathu Dan Irfan Masing-Masing Yakin Dapat Julang Piala FA Esok

10 Jun, 2011 22:23 PM

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Jurulatih dua pasukan gergasi Pantai Timur, Kelantan dan Terengganu, optimis barisan pemain masing-masing mampu memburu kejuaraan Piala FA musim ini pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam esok.

Jurulatih Kelantan Datuk M. Karathu berkata beliau mempunyai ramuan untuk membawa pulang buat julung kali Piala FA ke negeri yang dikenali sebagai serambi Mekah itu.

Katanya beliau akan menurunkan kesebelasan terbaik dan yakin anak buahnya akan beraksi cemerlang untuk memburu kejuaraan pertama skuad Red Warriors itu.

"Kita tahu kekuatan dan kelemahan lawan dan begitu juga dengan mereka tetapi kami sudah pasti akan menentang secara habis-habisan," katanya pada sidang akhbar Piala FA di sini Jumaat.

Walaupun telah menjinakkan Terengganu 3-0 pada saingan Liga Super pada Isnin lepas, Karathu berkata beliau tidak memandang rendah keupayaan Skuad Penyu kerana anak buah Irfan Bakti Abu Salim pasti akan cuba memberi kejutan.

Katanya beliau tidak mahu pemainnya terlalu yakin dan mengambil mudah pasukan lawan malah meletakkan sandaran kepada barisan penyerang yang diketuai oleh Norshahrul Idlan untuk mencari peluang sebaik mungkin untuk menjaringkan gol.

Sementara itu, jurulatih Terengganu, Irfan Bakti berkata beliau gembira dengan kehadiran semula Mohamad Ashaari Samsudin setelah digantung satu perlawanan dalam saingan Liga Super Isnin lalu.

"Saya optimis kita akan menang esok. Saya harap Abdul Hadi Yahaya dan Abd Manaf Mamat mampu memperkemaskan jentera serangan bagi menghasilkan gol kemenangan," katanya.

Dalam pada itu, penjaring terbanyak Kelantan, Norshahrul berharap pasukannya dapat menjuarai Piala FA, secara tidak langsung menjadi kenangan manis dan dijadikan 'hadiah hari jadi' yang disambutnya pada 8 Jun lepas.

"Saya harap rakan sepasukan akan beraksi dengan baik khususnya di bahagian pertahanan agar penyerang Terengganu tidak mudah membolosi gawang," katanya.

Penyerang Terengganu, Abdul Hardi berharap sokongan daripada peminat setia Skuad Penyu mampu memberi dorongan dan semangat kepada pasukannya.

Terengganu pernah meraih sekali Piala FA pada tahun 2000 sementara Kelantan mencari kejuaraan pertama apabila hanya mampu menjadi naib juara pada 2009.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...