Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, June 10, 2011

Irfan lega tonggak kembali

KUALA TERENGGANU – Keyakinan pemain Terengganu untuk menghadapi Kelantan pada perlawanan akhir Piala FA esok kian memuncak.

Pengendali Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim berkata, persiapan rapi telah dibuat dan beliau yakin anak-anak buahnya dapat menebus kekecewaan setelah tewas kepada lawan yang sama dalam saingan Liga Super, Isnin lalu.

Menurut anak kelahiran Kelantan itu, aksi final hanya sekali dan inilah masanya bagi setiap pemain membuktikan kemampuan mereka di atas padang.

Tambah Irfan, kehadiran semula dua tonggak utama dalam pasukan iaitu Ashaari Samsudin dan Mohd. Zubir Azmi dijangka mengukuhkan lagi kesebelasan utama skuad Penyu pada final nanti.

“Saya gembira kerana semua pemain boleh beraksi dan tidak ada lagi masalah seperti penggantungan dan kecederaan dalam pasukan ini,” katanya yang pernah membawa Pulau Pinang memenangi gelaran yang sama pada 2002.

Jelas Irfan, sebarang kesilapan mudah perlu dielakkan pada final kerana itulah antara peluang terbaik untuk Penyu menjulang sekurang-kurangnya satu piala musim ini.

“Saya telah ingatkan pemain supaya jangan leka dan beri tumpuan penuh di tengah padang kalau hendak menang piala,” katanya.

Untuk rekod, ini merupakan kali keempat Terengganu mara ke perlawanan akhir Piala FA selepas kali pertama kali melakukannya pada tahun 1999, namun kalah 3-5 kepada Kuala Lumpur menerusi penentuan penalti.

----- Utusan Malaysia Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...