Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, June 20, 2011

Eksperimen Rajagobal menjadi


PERCUBAAN Ketua Jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal menurunkan beberapa muka baru pada aksi perlawanan antarabangsa menentang Myanmar kelmarin membuahkan hasil positif.

Menurutnya, pemain seperti Farisham Ismail, Helmi Remeli dan Mohd Shakir Shaari berjaya menampilkan permainan meyakinkan pada perlawanan tersebut.

“Bukan senang hendak mencuba beberapa pemain baru yang hanya digandingkan dalam tempoh beberapa hari.

“Namun, saya lihat pemain seperti Mohd Farisham, Helmi dan Mohd Shakir dapat beraksi dengan baik dalam perlawanan ini,” katanya.

Namun di sebalik kejayaan menumpaskan Myanmar 2-0, kem negara dilanda berita kurang enak berikutan tonggak pertahanan Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak mengalami kecederaan serius.

“Sedikit merisaukan apabila tonggak pertahanan Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak mengalami kecederaan serius.

“Kita sememangnya memerlukan pemain pengalaman seperti dia. Begitu pun, saya mempunyai banyak pilihan kerana beberapa pemain Olimpik dan Mohd Safee Sali bakal kembali memperkuatkan skuad kita selepas ini,” katanya.

Sementara itu, Rajagobal turut menghemburkan pujian kepada penyokong Kelantan yang tetap membanjiri stadium memberikan sokongan kepada pemainnya walaupun hujan turun agak lebat dua jam sebelum sepak mula perlawanan tersebut.

Bagi Jurulatih Myanmar, Milan Zibadinovic pula berkata, faktor pengalaman ternyata memisahkan pasukannya dalam perlawanan itu sambil menerima kekalahan tersebut dengan fikiran yang positif.

“Malaysia berhak memenangi perlawanan ini kerana mereka beraksi dengan baik. Tahniah kepada kedua-dua pasukan kerana beraksi dengan baik namun Malaysia sebenarnya bermain lebih baik daripada kami.

“Kekalahan ini adalah sesuatu pengalaman berguna bagi barisan pemain muda pasukan saya. Dua pemain Malaysia iaitu, S Kunanlan dan Shafiq Rahim menunjukkan persembahan cemerlang.

“Kami akan bangkit dan anda akan lihat dalam tempoh enam bulan lagi kami akan tampil lebih garang. Kami tetap mahu menang apabila bertemu Mongolia dalam pusingan kelayakan Piala Dunia penghujung bulan ini,” katanya.

----- Sinar Harian Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...