Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, May 21, 2011

Sah Bukit Jalil (Sinar Harian Online)


Final bola sepak Piala FA antara dua Gergasi Pantai Timur Kelantan dan Terengganu pada 11 Jun ini akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata perkara itu diputuskan hasil permohonan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya perlawanan tersebut diadakan di stadium berkenaan.

”Oleh kerana ia diadakan pada bulan Jun dan dimasukkan dalam pakej permohonan FAM untuk menganjurkan pelbagai perlawanan persahabatan, termasuk perlawanan kelayakan Sukan Olimpik, kelayakan Piala Dunia pada bulan Jun dan Julai ini, maka saya meminta pihak stadium agar stadium itu dapat digunakan untuk perlawanan Piala FA yang akan datang ini,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai aspek keselamatan pada perlawanan akhir itu nanti, Ahmad Shabery melahirkan keyakinan terhadap penonton kedua-dua pasukan yang mampu menunjukkan sikap dan disiplin yang terbaik.

“Kelantan dan Terengganu adalah dua negeri yang paling akrab di samping berkongsi jenis makanan yang sama jadi saya rasa tidak eloklah berbalah.

“Saya yakin di malam final itu nanti kedua-dua penyokong mampu menjaga disiplin dan tidak melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya,” katanya.

Kelantan layak ke perlawanan akhir selepas menumbangkan Selangor dengan agregat 6-2 manakala Terengganu mara dengan agregat 5-2 setelah mengalahkan Pahang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...