Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, May 18, 2011

Karathu sanjung Red Warriors (Berita Harian Online)

Oleh Mohd Nor Asri Yaacob
bhsukan@bharian.com.my
2011/05/18

Pamer keinginan untuk menang walaupun selesa dengan kedudukan 5-1

KETUA Jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu berbangga dengan semangat juang pemain mudanya ketika menewaskan Selangor pada separuh akhir kedua malam kelmarin walaupun tanpa kelibat 'ayam tambatan' Norshahrul Idlan Talaha.

Penguasaan Kelantan dengan serangan bertubi-tubi sepanjang perlawanan di Kota Bharu itu, bagi Karathu, memberikan impresi keinginan tinggi pemain untuk menang besar walaupun selesa dengan kedudukan 5-1 selepas perlawanan di Shah Alam, 13 Mei lalu.
“Walaupun terikat 1-1, pemain menunjukkan kesungguhan dan hasilnya Mohd Shakir Shaari menjaringkan gol pada minit kesembilan,” katanya yang merehatkan Norshahrul dan Nurul Azwan Roya kerana masing-masing mengutip kad kuning pada perlawanan di Shah Alam dan tidak mahu mengambil risiko bagi final 11 Jun ini.

“Kami sudah menjangkakan kemenangan malam ini (malam kelmarin),” katanya selepas perlawanan di Stadium Sultan Mohammad ke IV itu.

Karathu berkata, pemain yang menyerlah dalam perlawanan kelmarin adalah ketua pasukan Mohd Badri Radzi dan pemain muda Mohd Azuan Solahudin yang membantu serangan dengan larian pantas dan hantaran tepat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...