Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, March 2, 2011

Red Warriors terus garang (Berita Harian Online)

Oleh Khairul Anuar Samad, Sukhairi Thani, Hamid Salleh, Kamudin Baharom, Azizan Hashim dan Asrol Awang
bhsukan@bharian.com.my
2011/03/02

PENYERANG Kelantan Norshahrul Idlan Talaha diasak  pertahanan Negeri Sembilan Shukor Adan  (kanan) pada pertemuan Liga Super, malam tadi.
PENYERANG Kelantan Norshahrul Idlan Talaha diasak pertahanan Negeri Sembilan Shukor Adan (kanan) pada pertemuan Liga Super, malam tadi.

NORSHAHRUL Idlan Talaha muncul wira pasukan menjaringkan dua gol membantu Kelantan mengatasi Negeri Sembilan 3-0 di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV malam tadi, sekali gus mengukuhkan kedudukan pasukan kendalian Datuk M Karathu itu di persada Liga Super dengan himpunan 14 mata.

Selepas terikat tanpa jaringan pada babak pertama, tuan rumah membuka jaringan empat minit sebaik babak kedua bersambung hasil tandukan padu S Chanturu, sebelum Norshahrul menambah dua gol pada minit ke-74 dan 80.

  • Di Stadium Perak, Harimau Muda A hampir memusnahkan rekod tanpa kalah Perak apabila menguasai babak pertama permainan menentang anak buah Norizan Bakar dengan beberapa percubaan tepat memaksa penjaga gol Perak, Mohd Nasir Nordin bekerja keras. Wan Zack Haikal Wan Noor meletak Harimau Muda A di depan pada minit ke-12 selepas menerima lorongan cantik daripada Shukor Jusoh, tetapi Perak menyamakan kedudukan menerusi tendangan percuma pemain pertahanan, Mohd Noor Hazrul Mustafa pada minit ke-86.

  • Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu, tuan rumah Terengganu menewaskan Johor FC 3-0 hasil jaringan Abdul Hadi Yahya (m7), Ismail Faruqi (m12) dan Ashaari Shamsuddin (m77).

  • Di Stadium Utama Negeri Kangar, Perlis sekadar seri tanpa jaringan menentang Kuala Lumpur yang menyaksikan pemain tengah tuan rumah, Mohd Hafiszuan Salehuddin dibuang padang selepas mengutip kad kuning kedua pada minit ke-84.

  • Di Stadium Darulmakmur Kuantan, Pahang bangkit menyamakan kedudukan menghalang Sabah mengutip mata penuh. Gol Sabah dijaringkan Razlan Oto (m30) dan Leopold Alfonso Otong (m68), manakala Pahang menerusi R Surendran dan Famirul Asraf Sayuti (m70, 79).
  • Di Stadium MBPJ Kelana Jaya, Felda United membenam T-Team 2-0 menerusi jaringan Farderin Kadir (m61) dan Muhd Zamri Chin (m66).
  • No comments:

    Post a Comment

    Note: Only a member of this blog may post a comment.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...