Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, March 14, 2011

Radhi suntik tonik baru Hijau Kuning (Berita Harian Online)

2011/03/14

JARINGAN secara lebih kerap bakal menyusul daripada jentera serangan Kedah andai berpandu kepada prestasi, malam kelmarin ketika menewaskan Terengganu dalam saingan Liga Super.

Pandangan itu disuarakan penolong jurulatih, Radhi Mat Din, yang mengambil alih tugasan daripada Ahmad Yusof yang beranggapan kejayaan mengutip mata penuh di Stadium Darulaman dengan kemenangan 2-1 sudah menaikkan moral pemain.

“Masalah ketumpulan jentera serangan Kedah musim ini masih boleh diperbaiki dan kelemahan taktikal serta kekuatan mental pemain bagi menghadapi tekanan akan terus diberi perhatian,” katanya.

“Saya mahu memastikan prestasi pasukan akan berada pada tahap terbaik bagi membolehkan pasukan itu mencapai kedudukan terbaik musim ini.”

Radhi yang pernah membantu Kedah muncul juara Piala Malaysia pada 1993 yakin pemain tonggak dalam pasukan seperti Ahmad Shakir Ali, Khyril Muhymeen dan Badrol Bahktiar dapat menampilkan potensi sebenar masing-masing dalam membantu pasukan pulih daripada prestasi hambar sebelum ini.

Sebelum ini, Ahmad direhatkan oleh Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) atas desakan penyokong dan peminat pasukan itu selepas skuad Hijau Kuning tersingkir daripada pusingan suku akhir Piala FA, tahun ini.

Selepas kemenangan kedua semalam, Kedah menduduki tangga kelapan Liga Super dengan mengumpul sembilan mata dari tujuh perlawanan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...