Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, March 15, 2011

Pahang mahu manfaat aksi di depan penyokong sendiri (Berita Harian Online)

Oleh Asrol Awang
bhsukan@bharian.com.my
2011/03/15

KELEBIHAN beraksi di gelanggang sendiri sekali lagi mahu dimanfaatkan Pahang apabila bertemu Kuala Lumpur pada saingan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Darulmakmur, malam ini.

Pada aksi suku akhir Piala FA malam ini, perlawanan sepatutnya berlangsung di Stadium KLFA di Cheras tetapi disebabkan masalah teknikal, Kuala Lumpur memilih Stadium Darulmakmur sebagai gelanggang sendiri.
Pertukaran gelanggang itu nyata memberi kelebihan buat Pahang untuk mencatat kemenangan di gelanggang sendiri, lebih-lebih lagi selepas mengejutkan Kelantan 2-0 dalam aksi Liga Super, minggu lalu.

Namun jurulatih Dollah Salleh mengingatkan anak buahnya supaya tidak terlalu yakin, sebaliknya harus bermain seperti biasa dengan jentera serangan diketuai R Surendran.

“Pada perlawanan esok (malam ini), kemenangan selesa menjadi matlamat utama kami sebagai bekalan, jadi saya mahu pemain mengawal rentak dalam usaha mencari bekalan selesa menjelang suku akhir kedua,” katanya, semalam.

Dollah berkata, fokus utamanya adalah memastikan ketajaman jentera serangan, sekali gus mencari kemenangan selesa sekalipun sedar Kuala Lumpur bimbingan Razip Ismail juga memasang impian yang sama.

“Tidak mustahil melakar kemenangan jika semangat berpasukan terus menjadi pegangan ketika berada di dalam padang, seperti yang dilakukan ketika menewaskan Kelantan, Sabtu lalu,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...