Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, March 8, 2011

Mental pemain perlu kuat (Kosmo Online)


SKUAD bola sepak Olimpik kebangsaan berlepas ke Lahore semalam untuk aksi kedua pusingan pertama Kelayakan Olimpik 2012 bertemu Pakistan malam esok. Pada perlawanan pertama 23 Februari lalu, Malaysia menang 2-0.


KEKUATAN mental menjadi elemen penting buat skuad negara apabila turun berdepan Pakistan pada aksi kedua pusingan pertama Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Punjab, Lahore malam esok.

Perlawanan tersebut dijadualkan bermula pukul 8 malam waktu Pakistan (pukul 11 malam waktu Malay- sia) dengan skuad negara mendahului 2-0 hasil kemenangan pada aksi pertama di Stadium Shah Alam, 23 Februari lalu.

Skuad negara yang dibarisi 18 pemain telah berlepas ke Lahore menerusi Karachi dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines tengah hari semalam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Jurulatih skuad Olimpik kebangsaan, Ong Kim Swee berkata, beliau dan anak- anak buahnya sudah bersedia untuk berdepan segala taktik kotor yang mungkin dilakukan Pakistan.

"Kita perlu bersedia menghadapi psikologi pasukan lawan. Tiba saja di Lahore, saya jangka macam- macam perkara tak diingini pasti berlaku dan itu seme- mangnya cuba kami atasi.

"Kita lihat Pakistan boleh melengah-lengahkan masa pada aksi pertama di Shah Alam. Mungkin mereka yakin boleh menang lebih 2-0 di Lahore.

"Jadi kita harus berwaspada dan saya yakin para pemain mampu untuk menangani segala ujian dari segi mental dan strategi," katanya ketika ditemui Kosmo! di KLIA, Sepang pagi semalam.

Skuad 18 pemain bagaimanapun hanya menampilkan dua bek tengah iaitu Muslim Ahmad dan Fadhli Shas setelah Faizal Muhamad terpaksa ditinggalkan akibat mengalami kecederaan pada sesi latihan terakhir petang kelmarin.

"Saya harap tiada apa yang berlaku kepada Muslim dan Fadhli sepanjang perlawanan nanti. Tetapi jika itu berlaku juga, saya masih boleh meletakkan Mahali Jasuli (bek kanan).

"Affize Faisal Mamat (bek kiri) boleh beraksi di bek kanan manakala Fandi Othman (sayap kiri) atau Nazi- rul Naim Che Hashim boleh mengisi tempat Affize.

"Bagi saya, kesemua 18 pemain yang dibawa ini boleh beraksi dua atau tiga posisi. Ia suatu kelebihan," jelas Kim Swee.

Pengendali berusia 41 tahun itu membayangkan untuk meletakkan penyerang tunggal, Ahmad Fakri Saa- rani manakala di posisi tengah, Irfan Fazail akan berada di hadapan K. Gurusamy dan Gary Steven Rob- bat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...