|
|
SKUAD Harimau Muda A bertandang ke Ipoh untuk berdepan pasukan di tangga kedua Liga Super, Perak malam ini tanpa dua tonggak utama, Fadhli Shas dan Irfan Fazail.
Jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee berkata, kedua-dua pemain tersebut terpaksa direhatkan selepas mereka mengadu mengalami kesakitan selepas aksi bertemu Felda United, Sabtu lalu.
“Fadhli mengalami kesakitan pada bahagian kaki manakala Irfan mengalami masalah hamstring.
“Jadi saya tak mahu ambil risiko kerana bimbang kecederaan lebih teruk.
“Apa pun, untuk keseimbangan pasu- kan, saya tetap membawa beberapa pemain yang tidak beraksi Sabtu lalu seperti Muslim Ahmad, K. Gurusamy dan Wan Zack Haikal Wan Nor untuk aksi me- nentang Perak ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Namun Kim Swee berkata, tiga lagi pemain Mahali Jasuli, Fandi Othman dan Affize Faisal Mamat mungkin dapat diturunkan pada aksi malam ini.
“Jika diturunkan, mereka berdepan risiko kecederaan tetapi jika tidak diturun- kan, bakal berlaku kepincangan dalam pasukan.
“Ini kerana Perak merupakan satu pasukan yang kuat dan kita tidak sesekali akan memandang mudah perlawanan ini. Apa pun saya harap tiada lagi berlaku ke- cederaan yang melanda pemain-pemain saya,” jelasnya.
Pengendali berusia 41 tahun itu dijangka memberi peluang kepada A. Tha- mil Arasu untuk kembali mempamerkan kemampuan apabila merancang meletak- kan pemain terbabit sebagai penyerang tunggal malam ini.
“Ketika bertemu Felda United, saya telah beri peluang kepada Ferris Danial Mat Nasir.
“Harap Thamil pula dapat mengguna- kan peluang yang diberi ini sebaik mungkin,” kata Kim Swee.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.