MESKIPUN, kedudukan semasa pasukan Perak kini berada di tangga kedua dalam Liga Super 2011 namun, pasukan tersebut tidak mahu mendabik dada.
Menurut jurulatihnya, Norizan Bakar dia tidak mahu anak buahnya berasa selesa dengan kedudukan mereka sekarang memandangkan pertemuan dengan pasukan yang berada di tangga kedua terbawah liga iaitu T-Team akan berlangsung Sabtu ini.
“Kita harus fokus dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap setiap perlawanan yang berlangsung.
“Saya tidak boleh menganggap sesuatu pasukan itu lemah atau sebaliknya kerana jika mutu permainan tidak baik pasti hasilnya juga begitu,” katanya.
Norizan atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Jan itu turut berkata dia tidak boleh cepat berpuas hati dengan persembahan anak buahnya tetapi mengingatkan mereka agar tidak leka.
“Saya tidak mahu cepat berpuas hati dengan prestasi mereka tetapi cukuplah saya boleh katakan mereka tidak boleh leka,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.