Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, February 24, 2011

Malaysia persia banyak peluang (Berita Harian Online)

Oleh Syed Riduan Ahmad

2011/02/24

PENGADIL perlawanan, Liu Kwok Man melayangkan kad merah kepada Ansar kerana menendang penjaga gol negara, Khairul Fahmi pada perlawanan kelayakan pra-Olimpik di Stadium Shah Alam, malam tadi.
PENGADIL perlawanan, Liu Kwok Man melayangkan kad merah kepada Ansar kerana menendang penjaga gol negara, Khairul Fahmi pada perlawanan kelayakan pra-Olimpik di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Jaringan Zaharul, Fazail cipta sorakan gemuruh di Stadium Shah Alam

HALANGAN pertama kelayakan pra-Olimpik sudah diatasi Ong Kim Swee dan anak buahnya apabila menewaskan Pakistan 2-0 di Stadium Shah Alam malam tadi, tetapi ia tidak cukup untuk mengatasi kerisauan yang bakal dihadapi jurulatih berkenaan.

“Selepas perlawanan, ada tiga perlawanan Liga Super yang perlu diharungi pemain sebelum kembali menyertai latihan pada 2 Mac,” kata Kim Swee dalam sidang akhbar selepas perlawanan.

“Ketika itu, saya perlu menilai semula siapa yang berada pada tahap kecergasan terbaik untuk dibawa ke Lahore. Siapa yang akan dipilih, saya perlu tunggu sehingga mereka melaporkan diri 2 Mac ini.”

Dua gol pada awal dan akhir babak pertama memberikan bekalan selesa buat skuad Olimpik negara sebelum membalas kunjungan ke Lahore 9 Mac ini.

Pada perlawanan malam tadi, skuad Kim Swee seharusnya menang dengan jumlah jaringan lebih besar tetapi beberapa percubaan tepat jentera serangan negara berjaya dipatahkan penjaga gol lawan, Yousuf Ejaz Butt.

Pujian harus diberi kepada Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria atau lebih mesra dipanggil Kecik, yang membuka jaringan seawal minit keempat hasil rembatan menarik dari penjuru kotak penalti yang memperdayakan Yousuf untuk gol pertama negara.

Menghampiri waktu rehat, Pakistan terpaksa bermain dengan 10 orang selepas penyerangnya, Ansar Abbas dibuang padang kerana menendang penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat sebelum Mohd Irfan Fazail menambah gol kedua tuan rumah.
Pada babak kedua, skuad muda kebangsaan sepatutnya berpesta gol apabila dalam tempoh dua minit pertama, dua percubaan tepat dihasilkan, tetapi kali ini dinafikan Yousuf beraksi cemerlang sepanjang 45 minit terakhir.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...