JURULATIH Olimpik kebangsaan, Ong Kim Swee menyifatkan kemenangan 2-0 ke atas Pakistan satu bekalan baik bagi menghadapi perlawanan timbal balik di tempat lawan pada 9 Mac depan.
Secara keseluruhan, Kim Swee menganggap anak-anak buahnya sudah memberikan aksi terbaik pada perlawanan semalam walaupun mempunyai sejumlah peluang keemasan menjaringkan gol.
“Mereka bermain dengan baik terutamanya pada separuh masa kedua namun banyak percubaan dinafikan oleh penjaga gol gantian lawan“ katanya pada sidang media selepas perlawanan malam semalam.
Menurutnya lagi, jaringan pertama yang diperoleh pada minit ketiga nyata membakar semangat anak-anak buahnya untuk terus melakukan serangan ke kubu lawan.
“Namun saya akui ia menyebabkan ruang terbuka kepada lawan terutama di barisan pertahanan sehingga Pakistan berjaya melakukan beberapa percubaan menggugat gol Malaysia,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.