Ballack hanya beraksi buat kali kedua untuk Bayer Leverkusen, kelmarin sejak tersisih akibat patah kaki pada September lalu namun digantikan pada minit ke-67 ketika pasukannya tewas 1-0 kepada Nuremberg yang beraksi dengan 10 pemain.
Dia kecewa dengan keputusan jurulatih Leverkusen, Jupp Heynckes untuk menggantikannya dengan penyerang Switzerland, Eren Derdiyok.
Ia tampak tidak memberangsangkan ketika Ballack kini bersaing untuk tempat dalam skuad kebangsaan selain terdapat khabar angin jurulatih Jerman, Joachim Loew tidak lagi memerlukan bekas kapten itu.
Jumaat lalu, Loew memilih untuk menyisihkan Ballack daripada senarai 22 pemain bagi berdepan juara dunia 2006 itu dalam satu perlawanan persahabatan di Dortmund, Rabu ini. - AFP
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.