Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, February 22, 2011

'Apex' galas cabaran negara


PENJAGA gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat dan lima pemain skuad negara yang merangkul kejuaraan Piala AFF Suzuki 2010 akan menggalas caba-ran negara pada perlawanan pertama kelayakan Sukan Olimpik menentang Pakistan di Stadium Shah Alam, esok.

Pemain lain yang menambat hati Ketua Jurulatih Skuad Olimpik, Ong Kim Swee itu, Mahalli Jasuli, Mohamad Muslim Ahmad, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Mohd Faizal Muhamad dan K Gurusamy.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam mengumumkan senarai pendek 18 pemain terpilih mewakili pasukan kebangsaan pada perlawanan itu.

Turut terpilih, pemain tengah, Ahmad Shakir Ali dan Mohamad Faizal Abu Bakar dari pasukan Kedah dan Ahmad Fakri Saarani (Negeri Sembilan).

Ong turut menyenaraikan 9 pemain skuad Harimau Muda A, R Gary Steven, Mohd Affize Faisal Mamat, Mohd Fandi Othman, Mohd Ferris Daniel Mat Nasir, Mohd Irfan Fazail, Mohd Izham Tarmizi, S Sivanesan, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria.

Bagaimanapun, Abdul Shukor Jusoh, V Kavi Chelvan, Muhammad Zamir Selamat, Nazirul Naim Che Hashim, A Thamil Arasu daripada Harimau Muda A dan Muhammad Nazmi Faiz serta D Saarvindran (Harimau Muda B) digugurkan daripada senarai asal dipanggil menjalani latihan pusat di Wisma FAM, minggu lalu.

Malaysia diundi bertemu Pakistan menerusi pusingan kelayakan pertama Olimpik dan perlawanan timbal balik akan diadakan di Stadium Punjab di Lahore, pada 9 Mac ini.

Difahamkan, skuad Pakistan menjalani latihan dan mengadakan perlawa-nan persahabatan di Bangkok, Thailand untuk menyesuaikan dengan keadaan cuaca di sini. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...