Ketua jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan berkata, walaupun sekadar pemanas badan, perlawanan itu tetap penting dalam usaha menyusun strategi terbaik menjelang saingan Liga Malaysia, bermula 29 Januari ini.
Menurutnya, pihaknya akan menggunakan perlawanan itu sebagai medan mengenal pasti kelemahan sebelum membuat keputusan muktamad dalam merangka strategi terbaik bagi saingan Liga Super nanti.
“Selain memastikan setiap pemain mempamerkan keupayaan sebenar, perlawanan itu penting dalam membantu kami memperkemaskan pasukan sebelum beraksi pada saingan sebenar.
“Sehubungan itu, pemain tidak boleh menganggap perlawanan ini sekadar memanaskan badan, sebaliknya perlu dijadikan ruang memperbaiki kesilapan kecil agar tidak berulang bagi menjadikan mereka lebih yakin, sekali gus memastikan kemenangan pasukan,” katanya.
Bekas pengendali skuad kebangsaan itu berkata, beliau mahu terus menguji gandingan Hairuddin Omar dan Ahmad Aminuddin Shaharuddin atau Ahmad Fakhri Saarani, bagi memilih gandingan terbaik untuk menggegarkan gawang gol.
Wan Jamak berkata, meskipun masih ada dua lagi perlawanan persahabatan, pemain perlu memanafaatkan sepenuhnya pertemuan dengan Sime Darby.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.