Oleh Bashah Zainol Abidin
bhsukan@bharian.com.my
2011/01/05
SEMUA pemain utama Kedah perlu mempamer kemampuan sebenar ketika berada di atas padang, bukan sekadar memiliki kemampuan individu saja, kata ketua jurulatih Hijau Kuning, Ahmad Yusoff.Menurutnya, Kedah kini memiliki tujuh pemain kebangsaan iaitu Sabre Abu, Khyril Muhymeen Zambri, Faizal Abu Bakar, Amar Rohidan dan Khyril Helmi Johari yang bersama pasukan Malaysia ketika menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 manakala dua pemain lagi, Baddrol Bakhtiar dan Azmi Muslim terpaksa menarik diri kerana kecederaan.
Kedah akan bertemu Perlis hujung minggu ini untuk satu lagi pemanas badan dan medan Ahmad mengenal pasti kesebelasan utama untuk kempen Liga Super nanti.
Kehadiran bekas pertahanan Perlis, Fauzi Nan berjaya menampung kerapuhan benteng pertahanan yang agak goyah musim lalu dan bersama-sama Azmi dan V Thirumurugan, ditambah kecekapan penjaga gol Elmi Eliza Elias, benteng Hijau Kuning tampak cukup kukuh.
“Saya juga akan mengenal pasti siapa gandingan bersama Amar Rohidan apabila bertemu Perlis nanti,” katanya yang dilihat tidak bermasalah mencari gandingan berbisa di barisan depan dengan kehadiran Baddrol, Faizal dan Firdaus Fauzi selepas Azlan Ismail masih berehat kerana pembedahan lutut.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.