Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, January 17, 2011

Singa Utara kenal pasti kesebelasan utama (Harian Metro Online)

Oleh Kamudin Baharom
am@hmetro.com.my

SELEPAS mengharungi sembilan perlawanan persahabatan, Perlis akhirnya berjaya mengenal pasti barisan bayangan untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama yang akan menggalas cabaran pada kempen Liga M 2011 bermula 29 Januari ini.

Ketua Jurulatih Perlis, Mosthakeen Omar berkata, penilaian terhadap keupayaan pemain terbabit dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk prestasi dan persembahan ketika diturunkan dalam beberapa perlawanan persahabatan itu.

Biarpun begitu, bekas pemain kebangsaan dan Kedah itu mengaku pihaknya belum dapat menyenaraikan nama pemain terbabit, sebaliknya memerlukan sedikit masa lagi untuk dimuktamadkan.

“Selepas lebih sebulan membuat persiapan dan beraksi dalam sembilan perlawanan persahabatan, saya mula dapat ‘bayangan’ siapa pemain yang akan disenaraikan dalam skuad utama.

“Begitupun, saya tidak akan terburu-buru sebaliknya akan terus memantau keupayaan semua pemain terbabit sebelum memutuskan senarai terakhir yang akan membawa cabaran pada kempen Liga M musim ini,” katanya.

Bekas pembantu Chow Kwai Lam yang mengendalikan skuad Olimpik Negara 1990-1991 itu memberikan reaksi demikian sebagai mengulas perlawanan persahabatan menentang Perak di Stadium Utama Negeri Kangar, semalam yang menyaksikan Perlis berjaya mengikat skuad kendalian Norizan Bakar 0-0.

Pada perlawanan persahabatan dalam sesi persiapan menjelang saingan Liga M 2011 itu, Perlis sekadar membariskan tenaga muda dan baru berbanding lawan yang tampil selaku skuad elit berikutan diperkuatkan ramai pemain berpengalaman dan bertaraf bintang.

Antaranya, termasuk bekas penyerang skuad kebangsaan dan juara Piala Malaysia 2009, Kelantan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, K Nanthakumar, Mohd Hamsani Ahmad dan bekas penyerang Perlis dan Kedah, Azrul Ahmad.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...