Oleh Syed Riduan Ahmad
smriduan@nstp.com.my
2011/01/14
Mahu bantu Selangor dalam Liga M, kelayakan Piala Asia, Pra Olimpik
TEMPOH 'berpesta' sudah tamat dan skuad juara Piala AFF Suzuki 2010 yang diberi sambutan wira dan pelbagai imbuhan berupa wang tunai, unit saham amanah, tanah dan rumah, kini kembali meneruskan tugas di atas padang.
Selain bersiap untuk membantu pasukan masing-masing dalam saingan Liga Malaysia yang bermula 29 Januari ini, skuad Harimau Malaya kendalian K Rajagobal sekali lagi akan bergabung bulan depan dalam persiapan menghadapi Kelayakan Piala Dunia 2014.

Kapten pasukan kebangsaan, Safiq Rahim mahu segera kembali menunaikan tanggungjawab sebagai pemain Selangor dan Malaysia, sekali gus membalas jasa di atas segala penghargaan yang diberikan kerajaan dan rakyat negara ini.
“Ini tanggungjawab kami sebagai pemain bola sepak,” kata Safiq. “Apapun yang diterima adalah bonus kepada usaha kami, tetapi ia sesekali tidak akan membuat kami lupa kepada tugas sebenar - menjulang maruah bola sepak negara ke peringkat tertinggi.”
Tanggal 29 Januari ini, Safiq akan bersama Selangor menentang Kelantan pada perlawanan sumbangsih Piala Sultan Ahmad Shah. Selepas itu dia dan pemain lain akan kembali berkumpul di Wisma FAM dari 2 hingga 10 Februari untuk menghadapi satu perlawanan persahabatan antarabangsa.
Perlawanan menentang Hong Kong di Stadium KLFA, Cheras pada 9 Februari itu adalah persiapan menjelang Kelayakan Piala Dunia 2014 yang bermula Jun depan. Harimau Malaya juga perlu berdepan Pakistan untuk perlawanan pra kelayakan Olimpik 2012, 23 Februari dan 9 Mac, selain skuad B-23 yang diharap mengekalkan emas Sukan SEA di Jakarta, November ini.
Skuad 24 pemain yang dinamakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi perlawanan 9 Februari depan turut menampilkan Ahmad Fakri Saarani, G Mahathevan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak, Mohd Farizal Marlias, S Chanturu dan Shahrizal Mohd Saad

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.