NAIB Presiden 1 Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Khairuddin Ahmad nyata orang paling bangga apabila persatuan itu kini memiliki bas sendiri untuk digunakan dalam kempen musim ini.
Khairuddin yang sudah 34 tahun bersama Pafa terharu dengan keupayaan kepimpinan baru Pafa mendapatkan bas sekali gus meningkatkan imej bola sepak negeri itu.
“Saya sudah 34 dalam Pafa. Inilah antara detik membanggakan selain merangkul beberapa trofi sebelum ini. Tahniah saya ucapkan buat Presiden yang berjaya mendapatkan bas untuk kami.
“Ini satu lagi peningkatan dan saya harap Seladang juga bergerak maju sejajar dengan usaha meningkatkan imej persatuan. Selama ini saya sering cemburukan pasukan yang memiliki bas sendiri. Kini kami juga akan membuat perjalanan ke stadium luar dengan menaiki bas sendiri,” katanya.
Sementara itu, pengurus pasukan yang juga bendahari Pafa, Khairul Azwan Harun menjelaskan bas itu diperoleh menerusi tajaan pihak tertentu, tapi enggan menjelas lanjut butiran mengenainya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.