Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, January 27, 2011

Lancar logo baru Liga M 2011 (Sinar Harian Online)




Peminat bola sepak tempatan bakal menyaksikan perubahan apabila Malaysia Super League Sdn Bhd (MSL) melancar logo baru Liga M 2011 menggantikan logo MSL lama, di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Menerusi majlis itu, Stuart Ramalingam dilantik sebagai CEO baru MSL, kini turut menyandang jawatan Perunding Profesional dan Pengajar Persekutuan Bola Sepak Dunia (Fifa) sejak 2008.

Selain itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima tajaan RM120 juta dari Astro untuk siaran liga bola sepak utama Malaysia sehingga 2014.

Saingan Liga Malaysia bakal memulakan tirainya dengan perlawanan Piala Sumbangsih melibatkan pertemuan Selangor dan Kelantan di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...