Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, January 11, 2011

Kesebelasan Johor FC sedia gegar (Berita Harian Online)

Oleh Rizar Mohd Noor
bhsukan@bharian.com.my
2011/01/11

JOHOR FC sudah memiliki kesebelasan utama yang bakal mengharungi aksi pertama menentang Felda United dalam saingan musim baru Liga Super di Stadium JCorp, Pasir Gudang, 29 Januari ini.

Ini diakui jurulatih Azuan Zain yang berpuas hati dengan komitmen barisan pemainnya selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas kelab dari Liga Singapura (Liga S), Sengkang Punggol FC dalam aksi persahabatan di laman sendiri, Jumaat lalu.

Apa pun, bekas pertahanan Johor itu tetap resah dengan ketiadaan empat tonggak pertahanannya iaitu Mat Saiful Mohamad, Mohd Hamzani Omar, Abdul Rahman Zabul dan Mohd Irfan Ghani yang mengalami kecederaan.

"Sepanjang tujuh perlawanan persahabatan hanya Abdul Rahman saja yang diturunkan manakala Mat Saiful, Mohd Hamzani dan Mohd Irfan belum lagi diuji. Namun saya sudah merancang dua perlawanan persahabatan untuk beri peluang ketiga-tiga pemain itu beraksi.

"Bayangan sebelas pemain yang akan beraksi dalam saingan Liga Super sudah ada dalam perancangan saya. Apa pun masih terlalu awal untuk beritahu siapa yang bakal mengemudi jentera serangan antara Shahrizal Saad atau Mohd Saufi Ibrahim.

"Saya lihat formasi 4-3-2-1 tampak bersesuaian dengan corak permainan Johor FC dengan memberi penekanan di posisi tengah terutama Mohd Khairul Ismail dan Rezal Zambery Yahya berganding dengan baik.

Azuan juga harus memikir pemain mana bakal mengawasi gawang gol Johor FC tatkala sandaran terarah kepada tiga pemain iaitu Mohd Anis Faron, Fadlzy Paat dan Shuhardy Alby.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...