Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, January 21, 2011

Kemenangan tepat pada masa (Sinar Harian Online)


KOTA BHARU – Kejayaan Kelantan menundukkan Perlis 2-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Utama Negeri, Kangar malam kelmarin disifatkan tepat pada masanya oleh pengendali pasukan Kelantan setelah tewas dalam dua perlawanan terdahulu.

B Sathianathan berkata, walaupun sekadar menang dua gol dalam perlawanan itu tetapi kemenangan tersebut menyuntik moral para pemainnya setelah dirundum kekalahan demi kekalahan dalam beberapa perlawanan sebelum ini. “Kemenangan ini memberi signifikan yang cukup bermakna setelah kita tewas dalam lima perlawanan sebelum ini. Namun ianya belum boleh dibanggakan kerana masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki ke atas pasukan ini sekiranya kita mahu pergi jauh.

“Banyak yang perlu kita kena perbaiki terutamanya di bahagian pertahanan. Cara kita bermain bertahan tidak memuaskan hati saya. Ada pemain yang beraksi di bawah kemampuan sebenar dan tidak mencapai seratus peratus seperti yang saya kehendaki.

“Namun ianya (kemenangan) bagus untuk pasukan. Saya berharap momentum kemenangan ini berterusan dalam perlawanan persahabatan terakhir menentang Pulau Pinang malam ini,” katanya.

Sathianathan berkata, secara keseluruhannya beliau berpuas hati dengan persembahan di posisi jentera tengah dan serangan yang menampakkan sedikit peningkatan hasil daripada rombakan di posisi tersebut.

“Saya cuba menggandingkan Norshahrul Idlan Talaha dan Kapten, Muhd Badri Radzi yang mendapat sokongan daripada dua pemain sayap S Chanturu dan Mohd Nurul Azwan Roya dan terbukti mereka boleh beraksi dengan baik walaupun pertama kali digandingkan.

“Mereka mencipta banyak peluang tetapi penyudah kita tidak berupaya meletakkan bola ke dalam pintu gol Perlis. Saya tidak bimbang mengenai perkara itu. Saya juga telah menurunkan Mohd Shakir (Shaari) yang mengalami kecederaan sebelum ini. Saya akan terus beri peluang kepada dia untuk perlawanan menentang Pulau Pinang.

“Cuma cara kita bermain bertahan tidak cukup bagus. Mereka terlampau memberi ruang kepada penyerang Perlis untuk mengelecek bola secara individu dan membawa masuk ke dalam kawasan kita. Saya berharap ini hanya berlaku dalam perlawanan persahabatan dan tidak dalam perlawanan liga akan datang.

“Kita akan memperbaiki hantaran kurang tepat. Saya akui masalah ini kerana kita dah lama tidak menjalani latihan di padang yang baik. Ia memberi kesan kepada persembahan kita setakat ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...