KERAJAAN Kelantan sedang berbincang mencari rumah serta lokasi yang sesuai untuk dihadiahkan kepada penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat yang mengharumkan nama negara membantu menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 menentang Indonesia, baru-baru ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunaan Insan, Belia Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fattah Mahmood berkata kerajaan negeri juga belum menetapkan nilai rumah yang akan dihadiahkan kepada pemain remaja itu.
“Kita sedang berbincang di peringkat dalaman untuk menentukan rumah, lokasi dan nilainya untuk dihadiahkan kepada pemain itu, yang penting keselesaan bagi dia dan keluarga,” katanya.
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan hadiah tersebut baru-baru ini kepada Khairul Fahmi kerana turut mengharumkan nama Kelantan.
Sementara itu, Khairul Fahmi yang tinggal di Kampung Cherang, dekat sini berkata, beliau tidak menduga kerajaan negeri akan menghadiahkan sebuah rumah sebagai menghargai jasa dan sumbangannya. - Bernama

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.