Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, January 8, 2011

Harimau Muda A sedia galas tanggungjawab (Sinar Harian Online)




MENJELANG perlawanan pertama kelayakan Sukan Olimpik 2012, pasukan Harimau Muda A kini sedang giat menjalani latihan persediaan di Wisma FAM, Kelana Jaya bagi menggalas tanggungjawab bagi memastikan negara mampu beraksi di kejohanan terbesar itu.

Skuad kendalian jurulatih Ong Kim Swee bakal mengibarkan cabaran negara dengan bertemu pasukan Pakistan pada 23 Februari depan.

Kim Swee berkata, persiapan awal dilakukan dalam menyiapkan diri pemain bagi menghadapi pusingan kelayakan Sukan Olimpik.

“Latihan bermula sejak sebulan lalu, selepas berehat selama 10 hari,” katanya.:

Majoriti pemain Harimau Muda A akan mewakili pasukan dalam kelayakan itu, namun ia masih terbuka kepada pemain bawah 23 tahun yang beraksi dalam Liga Malaysia.

Pasukan muda negara ini turut mempersiapkan diri bagi menempuh musim baru Liga Super 2011 yang bakal bermula tidak lama lagi.

Mereka juga diperkuatkan dengan pemenang Piala AFF Suzuki 2010 lalu seperti Muslim Ahmad, Mahali Jasulli, Fadhli Shas, dan Izzaq Farris Ramlan.

“Kemasukan kami dalam liga dapat memberi pendedahan baik kepada pemain. Pemain memerlukan perlawanan kompetitif dalam menghasilkan permainan berkualiti,” katanya.

Kim Swee juga berharap pemain dapat memantapkan persefahaman dalam pasukan melalui perlawanan Liga Super.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...