SELANGOR tidak rela melepaskan gela-ran Liga Super yang dimenangi musim lalu, malah mereka berhasrat mempertahankan kejuaraan Piala Sumbangsih yang dirangkulnya apabila bertemu Kelantan di Stadium Shah Alam pada 29 Januari ini.
Piala Malaysia turut menjadi idaman skuad Merah Kuning musim ini setelah kali terakhir mengucup piala keagungan negara itu pada 2005.
Jurulatihnya, K Devan berkata, beliau menaruh keyakinan tinggi kepada barisan pemain dan sedang merangka beberapa siri perlawanan persahabatan sebelum Liga Super bermula.
“Kami sebenarnya baru pulang daripada menjalani latihan pramusim di Perth, Australia Ahad lalu. Saya berpuas hati dengan corak permainan yang ditunjukkan semasa mereka di sana.
“Kami menang 2-1 ke atas Stirling Lions dan seri 1-1 dengan Perth FC serta hanya tewas sekali,” katanya.
Devan juga mengingatkan kepada anak buahnya supaya sentiasa cergas dan berada pada prestasi yang terbaik dalam setiap perlawanan.
Sementara itu, kemungkinan penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF, Safee Sali yang digembar-gemburkan bakal menyertai sebuah kelab dari Indonesia, Devan berkata, perkara itu masih dalam peringkat perbincangan.
“Segala keputusan mengenainya (Safee) hanya akan diputuskan pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor,” katanya.
Selangor merupakan juara dua kali Liga Super sejak diperkenalkan pada 2004.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.